Sunday, November 10, 2024

Kisah AKU n TNG Teambuilding @ Tasik Villa International Resort Port Dickson

 Assalamualaikum,

Sementara layan Brighton lawan Mensiti ni elok aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our TNG Team Building 2024 yang berlangsung di Port Dickson pada 7-8 November 2024

Hari Khamis tu seawal jam 6.15 pagi aku dah bergerak from Rawang ke Port Dickson. Singgah Lay-by Nilai jap for quick breakfast before meneruskan perjalanan.

Sampai dalam jam 8.30 pagi di venue event iaitu Tasik Villa International Resort di Port Dickson. 
After setting out of office kat Teams, aku pun terus ke venue event around jam 9 camtu.
Aik takde orang pun? Salah tarikh ke? Huhu
Aktiviti dijadualkan bermula 9.30, so ada ample time lagi untuk chillax and sambung breakfast yang provided by the hotel.
Pemandangan dari balkoni conference hall. Banyak jugak unit yang ada, tapi pelik sebab nampak tak ramai pun manusia kat sini. Maybe awal lagi kot.
Seperti biasa, dah nama pun teambuilding so kami dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing based on personality test yang kami ambil sehari sebelum event. Aku diletak bersama these awesome guys dengan nama kumpulan Ape2?. Huhu. Ohh ya, kalau nampak gambar takde watermark camni maknanya aku cedok from gambar ni from external source and credit in advance to the owner ya. Tks.
In total, ada kira-kira 60+ staf yang join sesi teambuilding ni coming from Business & Growth (B&G) and Operations Division. Why dua division ni digabungkan dalam satu team building? Well of course telahan aku maybe sebab kami from B&G banyak deal dengan diorang and tak dinafikan memang wujud unsur pertelingkahan, ketidakpuashatian dan sebagainya. 
Jadi, teambuilding ni menyentuh aspek communication, confidence dan collaboration yang perlu kami improve dan enhance to achieve "1TNG" yang menjadi slogan kami.
10.30pm - Ni time diorang asingkan participants ikut tempoh perkhidmatan di TNG ni. Macam aku berada di kelompok kedua iaitu group of staff yang dah bekerja lebih 1 year but not more than 5 years. Kurang 4 bulan je lagi nak masuk kelompok pertama iaitu more than 5 years. And another group is of course those new blood iaitu less than a year.
Lunch time! Bapak panjang beratur. Apa lah restoran ni, bukak lah dua kaunter ke or dua queue ke? Orang dah lapar ni. Haha
12.30pm - lepas lunch barulah kami dapat check-in ke bilik masing-masing.
Seperti yang dijangka, kami menginap di bilik jenis landed ni. Macam rumah pun ada? Jom tengok sikit apa ada dalam rumah ni.
Ada dua bilik yang takde pintu. Aku share satu rumah dengan Zaim (Expressway) dan juga rakan sekerja from Ops team, Syafiq dan Arsyad. 
Ni ruang tamu ditingkat bawah, ada juga kitchen lengkap dengan fridge, heater dan juga microwave.
But yang paling best about bilik ni, our own private pool!!!
Akhirnya, dapat jugak rest. Phew~ 
Jam 2.30 petang program bersambung dengan aktiviti treasure hunt menggunakan teknologi AR. Each team kena pusing satu hotel ni untuk cari seberapa banyak mission yang ada dan collect points.
Korang tengok si Ikhwan ni, aku tak tahulah mana dia boleh terfikir nak bawak cawan tu sepanjang treasure hunt ni. Haha
Sekali tengok macam bangunan Persada PLUS pun ada.
Walaupun agak penat, tapi berbaloi jugak sebab dapat tour satu hotel ni. Macam gambar ni sempat lagi amik gambar itik kat tasik tu. Huhu
Sekitar jam 5pm, semua group diminta berkumpul semula di conference hall untuk wrap up the session untuk petang tu. Muka semua barai je. Haha
Balik pun naik shuttle, tak dan nak jalan kaki ke bilik..:-p
Syafiq dan Zaim pergi swim kat outdoor pool. Arsyad pulak tidur. So apa lagi aku nak buat, terjun pool lah. Huhu
Ada lah dapat setengah jam lepak dalam pool before aku diganggu dengan bunyi yang agak familiar. Ya betul, time sedap berkubang dalam ni ada tiga ekor beruk dok mengusha aku. Haha. Avoiding confrontation, aku pun blah lah. Bersihkan diri and alang-alang tak mengantuk tu bukak laptop jap dan check any urgent email yang pending my action.
Around 7.45pm, we had our dinner at the hotel's restaurant - Tasik Restaurant & Cafe. 
Malam tu kami gather lagi. Basically untuk recap lesson learned from aktiviti siang tu.
Dok termenung apa tu? Haha
Program malam tu concluded dengan appreciation session dimana kami diberi tiga keping kertas. Kami diminta untuk pilih tiga orang yang we really appreciate and thankful. Memang sesi ni ramai jugak yang sebak sampai menangis, maybe sebab terharu kot dapat appreciation notes. Macam dalam gambar ni. Huhu
Event concluded jam 10 malam. Since nak karok pun agak jauh dan tak cukup quorum, so aku dan Razif decided to hangout dekat Pekan Lukut. Pekena sate sambil bersembang pelan dan hala tuju kami kat TNG ni. Nak dekat 2 jam jugak menyembang malam tu.

Aktiviti hari terakhir teambuilding kami bermula sekitar jam 9.30 pagi, so sempatlah aku buat another round of email checking pagi tu. Bukan apa, aku ni selalu bising pasal work accountability. So bila time kita sendiri yang on leave or ada hal, metilah kena walk the talk. Tak susah pun, semak email kalau ada urgent or pressing matter, forward je dekat colleague yang bekerja or cover kita so that he/she know what to do.
Breakfast dulu..:-)
Final module diteruskan where it's focused on our application of all modules yang kami belajar dalam training ni. Dalam game ni kami dibahagikan dalam 3 level - top management, middle management dan juga executive. Top management tak boleh cakap dengan middle management where communication hanya dengan written memo sahaja. Middle management pulak boleh verbally communicate dengan executive tapi tak boleh tolong. The goal is to do the robot Lego. Nampak senang tapi agak payah jugak..:-)
Tapi berjaya jugak lah kesemua team menyiapkan robot masing-masing. Only after we plea to facilitator untuk allow direct communication dan draw collaboration between tiga level ni. Seperti dalam tugas harian kita pun, kerja akan jadi lebih mudah dengan good collab dan juga effective communication between working unit dan juga the management.
Dalam jam 12.30, aku bergerak ke Masjid Kariah Kampung Paya untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, khutbah yang short dan juga concise, so dalam jam 1.45 petang tu dah settle solat semua. 
2.30pm - Petang tu ada satu lagi session untuk redeem ourselves and make sure teambuilding ni tak wasted and around 4.30pm, we concluded our event dengan closing remarks from our COO, En Halmi Hassan. 
Actually banyak lagi gambar tak dapat. Nanti dah dapat from fasi, aku kasi update entri ni
Around 5.20 petang aku memulakan perjalanan pulang ke Rawang. Seperti yang dijangka memang jem nak mampus. 4 jam! 4 jam baru sampai rumah. Itu pun banyak cilok jalan lama. 

Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry pagi ni. Special thanks to our trainer, Fueling Dynamic Dream Solutions for a very good training yang patut company buat untuk instil togetherness among staff dan eliminate mindset "kerja korang, korang punya pasal" dan tukarkannya ke "WE ARE 1 TOUCH N GO".

No comments:

Post a Comment