Monday, February 12, 2024

Kisah AKU n Cuti Israk Mikraj 2024

Assalamualaikum,

Petang ni terasa nak berkongsi cerita cuti hari Israk Mikraj untuk tahun 2024 ni. Cam biasa, tengok sikit apa cerita menarik minggu ni.
LC Bandar Sungai Buaya ada buat farewell party untuk student 6 tahun. Tema denim. Huhu
Jumaat tu aku dapat early release bersempena CNY. So, pagi tu aku clear semua kerja dan ke HKL untuk ambil ubat Along. Sempatlah breakfast dengan ayah kat R&R Sungai Buloh. Lepas solat Jumaat check alignment kereta.
Malam tu kami ada makan-makan sikit since Syazwan pun ada balik. Adik yang nak belanja, dapat bonus kot. Huhu
Hari Sabtu, around jam 9.15 pagi lagi kami sekeluarga dah bergerak dari rumah menuju ke Selatan. Jalan takdelah teruk sangat cam tahun lepas, tapi memang ada sesak sikit dari Nilai ke Senawang.
Sampai dalam jam 1.15 petang. Empat jam jugak tu.
Malam Sabtu ada event Maulid Nabi di Surau Tuan Guru Hj Hassan Alim, depan rumah ni. So kami sekeluarga berkesempatan join event malam tu.
Lepas Maghrib ada qasidah yang dibawa oleh Sayyid Arsyid Bin Sayyid Yassin dari Syria, disusuli dengan tausiah oleh Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin.
Budak-budak ni mula-mula duduk kat bahagian atas di zon muslimat. Elok main dengan sepupu baru. Huhu
Lepas tu ada budak turun bawah nak cari abah, pastu tak jumpa. Ni lepas abang Fairuz datang bawak si Fariq ni jumpa aku yang tengah asyik melayan qasidah di koridor surau..:-p
Tak sampai 10 minit boleh tidur pulak. Haha
Majlis tamat setelah tausiah terakhir yang disampaikan oleh Habib Mahdi Bin Abu Bakr. Then, ada makan dalam talam.
Balik rumah tengok bola final AFC Asian Cup Qatar lawan Jordan. Aku sokong Jordan malam tu sebab ada dua player Selangor FC. Huhu. Tapi tu lah, kalah pulak 3-1. Nasib baik Newcastle menang jugak malam tu 2-3 lawan Nottingham. 
Pagi Ahad takde kemana pun. Dalam jam 3.30 petang, aku, Zed and the kids naik motor ke Pantai Siring. Buat apa tu?
Saja datang pekena seafood celup tepi pantai..:-)
Lepak sekejap sambil menunggu Asar before ke masjid.
Dalam jam 5.30, budak-budak ni datang Pantai Siring balik dengan aunties diorang. Kali ni mandi laut pulak. Huhu. Aku tak join pun, biarlah diorang enjoy together.

Bukan main enjoy korang berenang-renang eh. Hati-hati sikit, hari tu dengar ada penampakan buaya kat Pantai Klebang, bukan jauh pun Klebang dengan Siring tu.
Nak dekat pukul 7 jugak diorang balik rumah hari tu. Tu pun muka semua ketat je tak nak balik. Haha
Malam tu kami sekeluarga ke Masjid ar-Rahman pulak, ada ceramah Israk Mikraj bersama Al-Fadhil Ustaz Auni Mohamed
Memang ramai jemaah yang hadir semalam. Aku asalnya antara saf depan time solat, lepas Maghrib tu aku moved ke belakang. Tactical exfiltration, just in case nak ke toilet or ada emergency ke. Senang sikit nak gerak. Jauh tu dok depan nak ke pintu belakang. Huhu
Majlis settle dalam jam 9.45 malam, hantar budak-budak masuk rumah then lepak dengan Zed kat Serkam Darat.
Pagi tadi kami pulang ke Rawang around 11 pagi, tapi melencong ke Merlimau wife nak pergi Ecoshop. Sudahnya jam 12 baru masuk highway. Jalan memang jem dari Ayer Keroh sampai lah ke Port Dickson. Alhamdulillah, selamat sampai sekitar jam 4 petang tadi. 

So far, tu je lah cerita petang ni. Dikesempatan ini suka juga aku nak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Lunar kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier di Touch 'n Go. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua. Kong Hei Fatt Choi! Xin Nian Kuai Le!

No comments:

Post a Comment