Thursday, January 25, 2024

Kisah AKU n TNG Parking Appreciation Dinner 2024 Pt. 1

Assalamualaikum,

Malam Selasa yang lepas telah berlangsungnya sebuah event yang julung kali diadakan untuk meraikan business partner TNG didalam sektor Parking. 
Event start jam 7 petang, tapi seawal jam 3 petang lagi aku dah terpacak kat Sheraton PJ dimana venue majlis ni berlangsung.
Maklumlah, as a part of organising committee kenalah datang awal untuk buat preparation. Eh ni je ke table? Ya betul in total sektor Parking TNG ada kira-kira 20 system integrator in total. Since event ni ada jugak presentation so kami decided untuk divide the crowd untuk maximise the engagement. Part 1 dah selamat berlangsung 23rd Januari hari tu, while another session minggu depan 30th Januari. 
Cheryl lagi awal sampai sebab dia gerak from office. Aku pulak dari rumah. Irfan dengan CP pun awal tapi diorang ada meeting dengan client dekat-dekat area Sheraton tu.
Flower of Four Season pewter plate, exclusively from Royal Selangor. Ni idea aku tau, kalau ikut bos diorang nak bagi goodies bag produk TNG je. Haha
Bro Irfan dan CP sampai around 5pm from their meeting untuk monitor the final preparaiotn
Buat sound check dulu, maklumlah kena jadi MC pulak untuk event ni. Barai betul dah lama tak beremcee ni. Huhu
Apa menu dinner ya. Banyak jugak tu..:-)
Aduhh, hujan pulak. Jem pulak Federal Highway. Time ni cuak jugak sebab dah jam 6 petang sorang guest pun tak sampai lagi.
Jam 6.30 petang baru ada guest pertama, En Nasir from Govicle. Cheryl jaga kaunter pendaftaran and at the same time jual Exclusive Black Card TNG. Multitasking kitorang ni. Huhu
Guest start datang around 7.30 petang, so kami anjakkan event from 7 ke jam 8 malam, at least yang Muslim dah settle solat Maghrib.
Jam 8 malam, aku memulakan majlis pada petang itu dengan welcoming remarks dan juga a bit of penerangan tentang majlis dan juga introducing key officers from TNG Group to the guest.
Followed by opening remarks from our Director - Parking & Transit, Mr Lee Ming Siang.
Presentation TNG Parking Roadmap 2024 oleh Head of Parking, Mr Ng Choon Peng.
Dan final presentation sebelum makan oleh Mr Kunil Naidu, our Director of Commercial.
Majlis diteruskan dengan upacara Lou Sang ceremony yang diketuai oleh Mr Lee Ming Siang. Sorry lah aku tak tahu nak wish apa, huu, so bagi orang yang dah biasa dengan benda-benda ni which of course to our Chinese colleague...:-)
Makan time start jam 9 sampai 10. Aku takdelah makan sangat banyak melawat table-table yang ada sambil melayan tetamu yang hadir. Untuk pengetahuan untuk session pertama ni ada sepuluh business partner yang terlibat, kira-kira 30+ tetamu jugak malam tu.
Lepas makan majlis diteruskan dengan upacara gift appreciation ceremony yang disampaikan oleh wakil TNG Group kepada syarikat yang terlibat. Ni dah kenapa, ada main rebut kerusi ke? Haha
Huhu takdelah. Sesi bergambar kenangan bersama rakan sejawat dan juga business partner kami.
Dalam jam 10.30 malam, we concluded our event. Packing barang-barang and kami bergerak meninggalkan Sheraton around 11pm. Aku hantar Irfan balik rumah dia malam tu kat Sri Damansara, dan aku sendiri selamat tiba di Rawang kira-kira jam 12 tengah malam.

So itu sahaja cerita untuk sesi pertama malam apresiasi kami. Next week akan ada satu lagi session. So, stay tune!

P/S: Saja menaip sambil tengok Malaysia lawan Korea ni. Hujung minggu ni game Newcastle versus Fulham untuk FA Cup 4th Round.

No comments:

Post a Comment