Assalamualaikum,
Early this week aku dan isteri decided untuk bawa Iman berkhitan. Walaupun khitan untuk kanak-kanak perempuan tidak wajib, tapi ianya merupakan termasuk dalam lima sunat fitrah. Of course untuk boy hukumnya adalah wajib dan untuk Fariq maybe dalam setahun dua lagi before dia masuk sekolah rendah nanti.
Malam hari Jumaat tu after office hour, aku dan family ke Anggun City Rawang, ada satu klinik yang provide servis berkhitan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Wife dah buat appointment kat Klinik Seri Anggun ni, tapi untuk sesiapa yang nak walk-in pun boleh jugak.
Menunggu turn, ramai pulak orang malam tu.Calm before the storm. Huhu
Alhamdulillah, proses berkhitan tu tak lama pun. Tak sampai lima minit pun. FYI, khitan perempuan melibatkan penipisan sedikit dibahagian kulit diatas clitoris.Pagi tadi, kami ke Bukit Sentosa. Banyak benda wife nak buat. Huhu. Yang pertama sekali ambil karpet-karpet yang kami hantar almost dua bulan lepas. Tak menyempat nak pickup.
Pastu aku hantar wife ke SP Care Bukit Sentosa, katanya nak utilize full medical checkup under staff benefit Rotiboy untuk tahun 2023 ni. Untunglah ada balance lagi, aku punya medical quota dah habis. Baru ingat nak buat bingkai spek baru. SobsMata aku tu barai sebenarnya, tidur lepas Subuh semata-mata nak menyiapkan design AI untuk event appreciation dinner lewat Januari nanti. Tidur 6.15 pagi, 9.30 dah kena bangun. Mana tak koyak. Haha
Nak dekat dua jam jugak wife buat checkup tadi. Destinasi seterusnya Lotus Bukit Sentosa, dah janji dengan si Fariq ni nak main playground. Kat sini pun jadilah, nak pergi Rawang memang abah dah tak larat. Huhu
Tengok budak-budak main since wife shopping jap kat MR DIY.
Rugi je bayar entry pass sejam. Main dalam tu tak sampai setengah jam pun, si Fariq ni main arcade game ni ada enam kali jugak.
Tengok adik Iman, macam-macam benda dia main.
Our next and last destination of the day is nearby saloon. Kasi trim rambut budak dua orang ni, minggu depan dah nak masuk tahun baru. Aku pulak memang dah potong rambut semalam..:-)
Iman with her new haircut. Gambar Fariq nanti aku share, tak sempat ambil sebab member melalak. Tunggulah wife share gambar nanti.
Sampai rumah dalam jam 4 petang, aku solat Zohor dan tertidur sampai jam 7.30. Penat beb, bawak kereta pun dah macam apa tadi. Malam chill-chill dengan the kids sambil menunggu match EPL malam ni.
Okay, seperti biasa esok aku akan update the summary and highlights of my 2023.
P/S: Newcastle kena do something ni. Kalau kalah lagi lawan Liverpool nanti, memang kita sit at the bottom of top 10 beb!
No comments:
Post a Comment