Monday, November 13, 2023

Kisah AKU n 5th Wedding Anniversary

Assalamualaikum,

Petang ni aku nak update pasal satu anniversary yang penting dalam hidup aku dan isteri. 
Lima tahun yang lepas, aku selamat melafazkan akad dan sah menjadi suami kepada Ija. Tengok gambar ni macam tak sangka pulak dah jadi laki orang time tu. Daripada nak isi perut makan sorang, pastu dah ada satu lagi perut nak kena bagi makan. 
Thank you very much sebab sentiasa berada disisi abang sepanjang perkahwinan kita. Semoga Allah menambah keberkatan dan keharmonian dalam perkahwinan. Semoga juga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipelihara Allah dalam keimanan, diberkati dengan kesihatan yang baik, dilindungi dari segala yang tidak baik dan dilimpahi rahmat setiap masa. I love you, dear..:-) .
Hari Ahad, kami plan ke Bukit Sentosa je petang tu. Gerak dalam jam 6.30 petang jugak. Boleh tidur pulak budak seketul ni. Tu lah tengahari tak nak tidur. Haha
Kami ke destinasi pertama dulu, Celcom Blue Cube. Wife nak claim handphone free, katanya nak bagi kat cik abang untuk ganti Honor 10 yang dah almost four years in service dan condition yang macam baru lepas survived perang. Huhu. 
Then kami ke Masjid as-Salam untuk solat Maghrib before kevenue dinner kami.
Seperti tahun lepas, kami celebrate di Secret Recipe. Bukan apa, asal nak ke Richiamo, tapi ramai pulak orang. Maklumlah semua tengah pakat boikot Starbucks, tu yang switch to Richiamo yang merupakan produk Malaysia. 
Wife bersama permata hati kami, Iman dan Fariq.
Ni lah kek malam tu. Well at least kali ni aku boleh makan unlike cam tahun lepas
Selfie bersama anak-anak before start makan. Alhamdulillah, perkahwinan kami diserikan dengan kehadiran sepasang cahaya mata yang cute. Our firstborn, Fariq yang sekarang ni berusia 4 tahun setengah, dan juga Iman yang baru nak masuk 1 tahun setengah.
Okay makan time. Since budak-budak ni pun sejenis yang kuat makan, so malam tu aku order Chicken Parmigiana for myself, Grilled Chicken untuk wife dan Kid's Fish & Chips for the kids lah.
Bon Appetit.
Bagus si Fariq ni suka makan sayur. Habis tomato dengan salad tu dia makan..:-)
Sekitar jam 9 malam we finished our dinner, and move to the nearest Eco Shop, dalam walking distance from Secret Recipe. Macam biasalah restock apa yang patut dan of course, new toys untuk anak-anak.
Sampai rumah, barulah aku unleashed my anniversary gift untuk wife pulak. The latest iPhone 15 yang aku dah peram almost dua minggu!  Awal bulan hari tu aku memang dah ke Maxis Center Rawang untuk upgrade plan dan ambil phone ni. So, ceritanya dua-dua dapat phone baru. Wife dapat iPhone from encik husband. Husband dapat Honor 90 Lite from cik wife. Anak-anak pun dapat mainan baru. Okay lah tu, happy ending..:-p

Ya, itu sahaja cerita petang ni. Esok aku nak ke Hospital Sungai Buloh, ada urusan sikit.

1 comment:

  1. Happy Anniversary! Semoga bahagia dan ceria selalu!

    ReplyDelete