Malam ni suka aku nak berkongsi pengalaman kami sekeluarga join sambutan Maulidur Rasul di Bandar Sungai Buaya ni.
Hari Khamis, tanggal 28 September 2023, umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul bagi meraikan hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Walaupun ada perbezaan pendapat, tapi sambutan ni tak salah kita raikan untuk menyatakan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar kepada Nabi Muhammad SAW..:-)
Walaupun aku quite mengantuk jugak since tengok Newcastle lawan City pagi tadi (yeeha, the Magpies menang dan akan menentang MU in the 4th Round), seawal jam 7.30 kami dah bergerak ke venue program yang terletak dihadapan SMK Bandar Sungai Buaya. Sempat pulak budak-budak ni berposing sambil menunggu bapaknya start motor..:-p
Selfie dulu atas motor. Huhu
Berkumpul dikhemah nombor 3 iaitu team kariah Surau An-Nur Presint 11 Mawarsari.
Event dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Persatuan Penduduk BSB, Dato' Rusly dan juga taklimat keselamatan dari wakil JPAM. Ni time tengah susun baris untuk memulakan sesi perarakan sepanjang 1.5km.
Surau An-Nur dengan warna tema biru tua. Semuanya segak dan cantik belaka.
Perarakan bermula sekitar jam 8 pagi. Teringat zaman sekolah dulu, camni lah gayanya. Berarak sambil berselawat beramai-ramai keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Semua pantang nampak kamera..:-p
Habis berarak dalam jam 8.30 pagi. Bergambar kenangan bersama jiran-jiran Taman Mawarsari
Ada jamuan disediakan bagi peserta-peserta yang hadir memeriahkan majlis.
Dapatlah breakfast Nasi Lemak free, berserta pelbagai jenis minuman dan kuih-muih dari kaunter F&B yang ada.
Aiskrim percuma pun ada untuk kanak-kanak..:-)
Majlis bersambung dengan ucapan Penghulu Mukim Serendah mewakili MPKK Hulu Selangor dan juga upacara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada wakil-wakil 11 surau di Bandar Sungai Buaya dan Felda Sungai Buaya.
Persembahan qasidah dari anak-anak Maahad Tahfiz Darul Quran Felda Sungai Buaya.
Syok Iman tengok show. Terpaling depan tu..:-)
Ada budak dah mengamuk nak balik.
Haa, okaylah. Jom-jom. Sekitar jam 11 pagi, kami sekeluarga beransur pulang untuk menamatkan aktiviti Maulidur Rasul kami hari ni.
Ketiduran. Penat sangat tu. Huhu
Yup, itu sahaja ceritanya. Esok ramai pulak colleagues' yang cuti, aku pulak WFH. Okay lah tu, ada dua je risk samada tak banyak kerja or melambak kerja sebab nak cover orang..:-p
P/S: Minggu ni Newcastle akan menerima kunjungan Burnley, let's extend our unbeaten run and clean-sheet for the fifth time.:-)
No comments:
Post a Comment