Sunday, August 13, 2023

Kisah AKU n PRN Selangor 2023

Assalamualaikum,

Telah berakhirnya teka teki untuk keputusan PRN Selangor. Apa-apapun, entri pagi ni aku nak story sikit pengalaman mengundi aku untuk kali ketiga ini. Let's start dengan cerita sebelum PRN dulu. Ayuh!
Since KL tak terlibat dalam PRN kali ni, so pergi office macam biasa. Tapi time nak menghantar wife kat Rawang memang perang bendera, sepanduk dan sebagainya. 
Dah lah drive pagi murung, tengok muka ni lagi bertambah murung. Lolz
Hari Rabu aku start WFH due to health problems. Dua malam berturut-turut kena neb. Sobs
Sabtu tanggal 12 Ogos 2023 - The Election Day. Well, this is my third time mengundi bagi DUN Batang Kali. Pergi naik motor je, sebab adik dah gerak awal pagi. Family lain pulak on the way from PD.
Sampai di pusat mengundi SMK Bandar Sungai Buaya sekitar jam 2 petang.
Kenangan beb. SKMBSB's 7.20 Square. Sebab apa 7.20, siapa lambat kena duduk depan..:-p
Paling santai. Tak perlu beratur pun, straight masuk ke bilik mengundi. Haha
Ada paparazi amik gambar. Siapa? 
Laa, dah sampai rupanya akak ni. Patutlah macam dengar suara Mikail kat lobi sekolah tu.
Ada pun diorang ni. Ingatkan masih sangkut jem. Huhu
Demi Selangor terchenta~
Kami berempat selamat mengundi calon pilihan sekitar jam 2.15 petang. Tayang ink kat jari sikit..:-p 
Malam tu aku tak bother pun nak tau result, sebab Selangor ni memang payah sikit nak bertukar tangan. So pergi ngeteh dengan ayah kat Jamal sambil tengok update DUN yang hangat je. Result rasmi dikeluarkan sekitar jam 12 tengah malam, dengan status-quo bagi kesemua negeri. Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kekal ditangan PH-BN, while Kedah, Kelantan dan Terengganu dibawah PN.

To wrap entri pagi ni, tahniah buat yang menang. Diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Mandat yang diberikan janganlah diambil ringan. 

No comments:

Post a Comment