Assalamualaikum,
Sudah berakhirlah minggu cuti sekolah, minggu ni dah start masuk school balik setelah seminggu rehat. Tapi tu lah, budak je rest, mak ayah ada je yang bekerja macam aku dan wife. Tu yang kami decided untuk let Fariq bercuti dikampung.
Seronok dia almost everyday chilling with sepupu dan makcik di Pantai Siring.
Aku je kekadang overthinking apa yang dia buat kat sana, tapi takde apa pun sebenarnya. Huhu
Hari Selasa lepas pulak diorang ke AEON Melaka, santai-santai sambil meluangkan masa seharian di playground.
Iman lagi relax dekat taska, bagi rambut tocang baru nampak girlish sikit..:-p
Malam tu wife video call kampung. Sayu je muka Fariq, mungkin baru teringat family kat Rawang kot. Time video call aku tengah basuh pinggan tu. Haha
Hari Jumaat, sekitar jam 7 pagi aku dan family gerak balik Melaka. Aku sebenarnya tak cuti pun hari tu, tapi gamble je dengan harapan sampai jam 9.30.
Singgah breakfast di Lay-by Nilai. Dah lama tak makan Nasi Lemak Manjo ni. Rasanya dah bertahun jugak.
Ija dengan Iman pun kena heret makan sekali. Huhu
Since pagi tu takde meeting apa pun, aku bermalasan jelah drive kereta. Sampai Melaka dalam jam 10.30 pagi then terus bukak laptop untuk start kerja. Cuma ada satu meeting je jam 3 petang.
Malam seperti biasalah memang duduk masjid je from Maghrib sampai Isyak, in between sempatlah dengar kuliah. Huhu
Hari Sabtu, aku dan family ke Mydin Jasin nak cari barang sekolah sikit, plus restock susu dan pampers. Beli awal-awal, nanti balik Rawang tak payah susah-susah nak keluar lagi.
Beli beg sekolah Fariq, sebab sekarang ni dah kena bawak balik buku.
Ni apa masam pulak? Haha, dah termasuk bahagian toys, memang mencuka lah sebab kena sabar jap. Bukan tak nak beli, tapi kita beli barang-barang lain dulu.
Haa, barulah boleh beli mainan..:-)
Singgah lunch di Marrybrown, makan light je sebab mak ada masa tengahari.
Tapau donut DAZS dulu untuk mereka yang dirumah.
Dah jom balik. Jarak antara Jasin dengan Serkam ni ada lah kira-kira 20km, dalam 20-30 minit driving. Better lah dari nak pergi bandar Melaka. Huhu
Petang bukak pool untuk the kids mandi.
Fuhh, dengan aku sekali basah. Seluar dah lah sehelai je. Boleh terlupa pulak nak packing seluar kargo dalam beg time nak balik hari tu.
Iman ajak Muhammad join sekali, tapi time tu sepupu lain semua dah kecut. Haha
Pagi Ahad kami meluangkan masa berpiknik di Pantai Siring, awal jugak sampai hari tu dalam jam 8. Bukan apa, sekarang ni belum pukul 10 lagi cuaca dah panas. Datang awal pun pantai kosong lagi.
Elok sampai Restoran Selat Ikan Bakar ni terus hujan lebat membasahi bumi Serkam.
Malam tu tukar angin solat kat Masjid Jamek Serkam pulak, asyik pergi Pulai je. Untuk pengetahuan, masjid ni antara yang terawal kat negeri Melaka tau, dibina sekitar tahun 1853 lagi! Dulu time awal perkahwinan, selalu jugak solat kat sini. Tapi bila deme introduce aku kat masjid Pulai tu memang selalu kesana je. Tak faham aku, sedangkan yang ni lagi dekat dengan rumah. Haha
Semalam aku balik Rawang, since barang dah siap-siap beli kat Jasin. Memang straight je drive, takde menyinggah. Sampai dalam jam 2 petang, memang semua ketiduran dek cuaca yang panas. So, itu je lah cerita petang ni pasal weekend aku dan keluarga dekat kampung. Tahun ni dengarnya takde annual family trip, save for rombongan meminang Faris ke Terengganu awal tahun depan. Tengoklah camna, dapat gather dekat-dekat pun dah okay sebenarnya. Huu
P/S: Boring siot takde game EPL. Apa nak buat lagi 2 bulan ni!!
No comments:
Post a Comment