Saturday, March 4, 2023

Kisah AKU n Fariq's Last Day @ TAS

Assalamualaikum,

Lately banyak pulak tajuk entri pasal Fariq. Dari dia start masuk hospital, pastu pergi lawatan and yang paling latest, berpindah sekolah. Tapi jom kita selit sikit cerita last week yang tak sempat aku update hari tu.

Sabtu lepas aku dan family balik Melaka, dapat jemputan event kawan wife dekat Ayer Keroh. Kami gerak dalam jam 11 pagi, sampai sekitar jam 2 petang. Jalan mula-mula okay, tapi elok sampai Nilai jem sampailah Senawang. Pfft

Event apa tu? Macam biasalah wedding. Takkan konvo kot, haha. 
Majlis berlangsung dirumah pengantin perempuan di Ayer Keroh, taklah jauh dengan plaza tol so takdelah nak meredah the dreaded Malacca's traffic light. Huhu
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan hari itu..:-)
Wife bersama rakan-rakan seperjuangan sekolah.
Dalam jam 3.30 petang, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Serkam. Tak jauh pun, adalah dalam setengah jam drive.
Haish budak ni, aku baru nak berehat. Ajak pergi Pantai Siring pulak, nak main layang-layang dengan sepupu.
Diorang ni hari Jumaat dah sampai kampung, maklumlah duduk kat Seremban. Sejam drive tahu-tahu dah sampai..:-p

Sempatlah snap pemandangan Selat Melaka ni, jarang aku datang pantai ni time petang-petang. Biasa datang pagi je, bukan apa sebab petang jalan sesak kat sini. So kena naik motor baru senang nak park

Kitorang berlima je hari tu, semua naik satu motor. Zed bawak, Hasan dok kat raga depan. Si Maryam sandwiched kat tengah. Aku pulak dok belakang pangku Fariq. Haha
Malam macam biasalah. Lepas Isyak, pekena Mee Bandung Muar kat kedai makcik depan rumah tu. Begitulah rutinnya everytime balik sini..:-)
Pagi Ahad dalam jam 11, kami sekeluarga bergerak pulang ke Rawang. Apa benda tersengih sorang-sorang budak kecik ni. Hihi

Alhamdulillah, selamat sampai rumah pukul 2 petang. 

Malam Ahad tu tengok Final EFL Carabao Cup, Newcastle United menentang Manchester United. Match berkesudahan dengan skor 2-0 memihak kepada The Red Devils. Tahniah la. We will come back stronger, kalau tengok game pun masih ada positif. Second half memang Newcastle control game dan melancarkan serangan bertali arus, cuma takde luck nak gol pulak. HWTL!

Okay barulah kita pergi ke entri hari ni. Hari Selasa lepas merupakan hari terakhir Fariq di taska, lepas ni anak sulung aku ni akan menyambung belajar di tadika pulak, juga berdekatan dengan rumah kami.

Aktiviti last Fariq sebelum farewell session.

Wife pun ada beli souvenir untuk kawan-kawan dan cikgu-cikgu Fariq sebagai tanda penghargaan dan kenangan untuk memori dia disini.
Aku pulak ada order Pizza Hut untuk juadah farewell. Order pakai App, tapi yang deliver sudah tentulah En Gani kita yang sangat suka buat kerja amal camni. Maklumlah mana ada fast food delivery yang masuk Sungai Buaya. 
Tak sampai setahun pun Fariq dok kat sini, seingat aku kami daftar dia after raya Aidilfitri tahun lepas sekali dengan Iman. Lepas ni Iman dok sorang je lah ye, don't worry ye ramai lagi kawan-kawan..:-)
Fariq bergambar kenangan bersama rakan-rakan. Selagi ada memori simpanlah ye, jangan buang pulak. Macam abah semua memori simpan dalam blog ni. So bila boring, bukak blog rewind balik cerita time study, time first kerja dan banyak lagi lah. Bayangkan cerita dari tahun 2010 sampailah sekarang ni dah 2023. 12 years of stories!

Itu sahaja cerita awal pagi ni. Ingat nak update malam ni time tengok bola, tapi lupa pulak game awal jam 8.30. Alang-alang terjaga lagi ni terus je lah update..:-)

No comments:

Post a Comment