Wednesday, January 25, 2023

Kisah AKU n Happy CNY 2023

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak berkongsi cerita cuti Raya Cina 2023 ni. Sebenarnya takdelah menyambut sangat, dah diorang cuti. Aku pun cuti lah. Haha
Hari Sabtu, around jam 11 pagi lagi kami sekeluarga dah bergerak dari rumah menuju ke Selatan. Hujan je sepanjang jalan. Tak silap aku dekat area Seremban je tak hujan.
Boring lah tu duduk dalam kereta. Haha. Nak tahu jam berapa sampai Melaka? Pukul 5 bhai!!
Yang tak syoknya, elok sampai budak ni aktif siap bersilat pulak. Ahh takde-takde, abah nak rest. Pergilah main dengan makcik hang..:-p
Malam tu takde buat apa pun, since Zed pun tak balik kampung lagi. Anak demam katanya.
Hari Ahad, aku dan Fariq meluangkan masa solat Zohor di masjid. Advance betul masjid ni, dah ada ATM. Bandar Sungai Buaya dah nak dekat 20 tahun wujud pun takde ATM. Pundek punya Persatuan Penduduk. Haha
Lepak dalam kereta sambil makan aiskrim. Wife kata jangan bawak balik, nanti sepupu semua nak. Huhu
Selalu dengar iklan dalam radio pasal Origina ni, la ni baru dapat try. Okay lah.
Entah bila nak siap surau depan ni. Abah kata bulan Ramadhan tahun ni pun belum tentu siap lagi.
Minum petang dekat kedai makcik depan rumah. Bukak jugak akhirnya, dah tau kat mana nak lepak malam tu..:-p
Malam tu kami berempat ke Masjid ar-Rahman, ada ceramah from PU Yeop. Yang lain attend satu lagi majlis di Masjid Jamek Serkam.
Selfie dulu sebelum sesi ceramah bermula.
Bukan main syok si Fariq tu berlari-lari. Maklumlah masjid besar, yang surau kat rumah tu kecik je. Yang si Iman ni pulak baru nak belajar berjalan..:-p
Tah siapa budak ni mengikut jelir lidah . Huhu
Ni dah minum susu confirm nak tidur lah tu.
Majlis settle dalam jam 9.30 malam, hantar budak-budak masuk rumah then lepak sensorang kat kedai ni. Dah lama tak pekena Mee Bandung Muar makcik ni.
Hari Isnin plan asalnya nak ke Pulau Besar, tapi hujan lebat sepanjang hari. Dari jam 4 pagi sampailah nak pukul 11. Sudahnya scrapped je dok rumah, sambil tu aku buatlah kerja backlog yang ada. At least tak terkejut sangat tengok email time balik ofis nanti. Haha
Malam tu menyinggah rumah Ibrahim yang baru siap renovate. Saja datang, dah semuanya ada kat sana. 
Lepas tu pergi mendobi, nak dekat pukul 11 jugak balik. Dah la Fariq cakap pernah nampak makhluk halus kat sini. Huhu
Pagi Selasa kami bertiga pulang ke Rawang around 10.30 pagi. Jalan boleh kira jem jugak, tapi taklah teruk sangat.
Alhamdulillah, selamat sampai sekitar jam 2 petang. Sampai pun anak-anak tidur, dapatlah bapaknya tidur recharge bateri jugak.
So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Lunar kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua. Xin Nian Kuai Le!

No comments:

Post a Comment