Friday, September 2, 2022

Kisah AKU n Cuti Hari Merdeka 2022

Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan buat negara kita yang ke 65. Semoga nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni berkekalan hingga keakhir hayat. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan politik semasa dinegara kita ni. Jangan sampai bangsa dan agama kita dipijak oleh anasir-anasir luar. Ingat, walaupun kita bergaul dengan harmonis dengan kaum-kaum lain, seeloknya kita mestilah sentiasa siap siaga untuk sebarang kemungkinan. Okaylah, enough politic mumbling. Hari ni nak cerita sikit aktiviti kami sekeluarga time cuti Merdeka ni.
Hari Selasa bersamaan dengan 30 Ogos, kat taska anak ada buat sambutan Hari Merdeka. Selfie dulu sebelum hantar diorang sekolah. Yang mak ayah pulak nak pergi kerja..:-)
Cuba cari kat mana si Fariq tu? 
Amboi, ni berarak ke berdating. Haha. 
Seperti yang dijangka, Fariq berjaya mendapat tempat pertama untuk pakaian paling kreatif. Tengok lah siapa yang design, mestilah air tangan opah dia yang kreatif tu. Huhu
Iman pulak takde kategori baby, kalau ada confirm menang kan. Hii. Ni pun designed by mak aku jugak..:-)
Gambar adik beradik. Huhu
Bukan main excited lagi dapat hadiah. 
Petang tu makan di Yazid Uptown Station @ Bukit Beruntung
Bukan main laju lagi tangan si Iman tu nak cekau fries aku. Haha
Pagi 31 Ogos tu, seawal jam 8.30 pagi kami dah terpacak depan TV nak tengok perarakan di Dataran Merdeka. Iman siap pakai baju army tu..:-p
Syok si kecik ni tengok aset-aset pertahanan negara kita. Yelah, dah bapak dia pun ternganga mulut tengok armoured car, tanks, jet pejuang dan sebagainya. 
Dah agak, mesti mintak keluarkan raifal M16 dia ni. Huhu
Malam tu lepak rumah ayah. Ada discussion sikit untuk our next annual family trip. Dekat mana? Nanti-nantilah, tunggu je la bulan November ya.
Malam tu ada EPL. Newcastle lawan Liverpool di Anfield. Newcastle bermula dengan baik hasil jaringan debutant Alexander Isak, second goal dia minit ke-65 disallowed pulak. Bila tengok aku pun tak tau camna referee decide yang gol tu offside. Then minit ke-70, Liverpool gol 1-1. 90 minit dah habis, extra time 5 minit. Sekali Liverpoop ni boleh gol minit ke-98. Macam gampang. Fans diorang kata karma sebab Newcastle banyak buat time-wasting. Tapi bila analyze balik, memang ada unsur tu cuma collectively berlangsung kira-kira 2 minit je. Yang korang gol sampai minit ke 98 tu apa cita pulak. Takpelah, tak risau pun cuma bitter sikit je. Depa celebrate macam menang piala, sedangkan tu bukan barisan terkuat Newcastle pun yang turun tanpa Wilson, ASM, Bruno dan Schar.

Itu sahaja lah cerita malam ni pasal my cuti Hari Merdeka tahun ni. Okaylah guys, malam ni aku nak balik Melaka lagi. Ada majlis akikah sepupu wife pulak. Semoga berjumpa di lain entri. Ciao.

No comments:

Post a Comment