Cerita minggu lepas sebenarnya ni, minggu ni nak kata busy tu tak jugak. Tapi sebab jalan jem, sampai rumah pun dah penat. Tu yang asyik tak nyempat nak bukak laptop. Asal landing kepala atas bantal je terus lelap, tahu-tahu dah pagi. Haha
Okaylah, takde apa sangat highlight minggu lepas cuma saja nak menaip to ensure diari digital ni kekal berupdate. Early this week dekat taska anak-anak ada sambutan birthday. Kerap pulak, rasanya baru hari tu ada sorang budak tu punya birthday? Syok la Fariq dapat makan kek, and bawak balik goodies. Huhu
Tengah minggu pulak si kecil pergi klinik. Musim budak-budak demam sekarang, Alhamdulillah sekejap je dah recover..:-)
Normally hari Jumaat aku akan stay kat Rawang sementara tunggu wife habis kerja. Jumpa port baru solat Jumaat. Surau tabligh, dia punya khutbah ringkas tapi padat. Biasanya pukul 1.50 dah selesai solat. Bukan apa, kita ni bekerja masuk ofis pukul 2.30. Tapi ada surau tu kadang-kadang pukul 2.15 baru habis semua. Kan dah berkejar-kejar tu.
Sabtu kami takde buat apa. Ahad pulak - it's pool time. Instead of mandi kat backyard, last week aku bukak pool dekat frontyard pulak. Cuma kena tutup sikit belah depan supaya jiran tak skodeng. Huhu
Bukan main happy budak ni main air. Rumah sebelah aku ni tak berpenghuni, so tak perlu tutup lah.
Yang si Iman ni syok tidur. Huhu
Amboi, dah macam orang Rom. Time mandi ada orang suapkan makanan.
Pew-pew
Nak dekat 2 jam jugak berkubang hari tu..:-)
Lepas mandi tidur, penat sangat kot.
Apa saja yang dibualkan tu. Haha
Malam tu pukul 11.30 tengok bola Newcastle menentang Manchester City. Draw bhaii, bukan senang nak draw dengan EPL reigning champion ni. Gameplay Newcastle memang mantap, actually kami leading 3-1 before City menggunakan pengalaman diorang untuk menambah dua gol di lewat permainan. But overall, good game. If every week boleh perform camni. In Sha Allah, boleh Top 5. Amin.
Itu je lah cerita pagi ni, okaylah nak mandi dulu. Biasa hari Jumaat ni aku takde meeting appointment, tapi ada client request nak jumpa pulak dekat BSC. Layan je lah, ada lah benda nak mengadu tu. Haha
P/S: Minggu ni lawan Wolves, lets extend our rekod tanpa kalah.
No comments:
Post a Comment