Monday, July 11, 2022

Kisah AKU n Aidil Adha 2022

Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2022 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni. 
Before kita start main entry, jom tengok sikit cerita di pejabat. Minggu ni unit kami dapat new intern (white shirt at the middle). Adalah sesi perkenalan dan jugak introduction workload-workload kami yang senior ni. Harapnya ada bro ni ringanlah sikit kerja. Haha
Bagi tahun ni, aku menyambut Hari Raya di Melaka. Gerak dari Rawang sekitar jam 10.30 malam hari Jumaat tu. Trafik sesak dari Seremban menuju ke Pedas Linggi. Memang expected, sebab orang balik raya kan. Sampai Serkam dalam jam 3 pagi jugak. Haha, pishang gila.
Sabtu takde kemana pun, most of us berpuasa hari Arafah. So, duduk rumah melayan budak-budak je la
Iman nak join main, tapi tak boleh jalan lagi. Huu
Dah nak siap surau depan rumah ni. Kos pembinaan 1 juta tu, abah kata lagi dua bulan complete lah.
Malam join bertakbir raya di masjid. Kamera fon aku dah repair, tu yang elok sikit gambar. Huhu
Pagi Ahad bersamaan dengan 10 Julai 2022, takbir Raya berkumandang di surau-surau sekitar Serkam. Aku menunaikan solat Hari Raya di Masjid ar-Rahman dalam jam 8 pagi. Abah dan Ilyas awal pagi lagi dah ke Pulau. Zed pulak tak join sebab diorang beraya di Tampin tahun ni.
Sempatlah tengok upacara korban anjuran Masjid. Dua puluh ekor jugak ditumbangkan semalam. 
Tengok dua ekor lembu kena sembelih je, maklumlah perut dah lapar. 
Balik je rumah makan ketupat, tahun ni takde lemang. Sobs
Eh anak dara ni dah siap, cantik-cantik nak pergi mana ni?
Since cuaca pun redup, kami sekeluarga ke Pantai Siring untuk sesi mini photoshoot Raya
Amboi budak ni, bukan main bergaya lagi. Haha
Ada jugak bawak ipar dua orang tadi. Tolong ambil gambar. Huhu
Tema Raya Aidil-Adha kami tahun ni ialah biru-putih..:-)
Fariq pulak tak tengok kamera. Haishh budak ni.
Dah-dah jom balik, ada pakcik kat situ cakap ada nampak buaya dua hari lepas..:-o
Malam tu seperti yang dirancang, kami berempat pun balik ke Rawang sekitar jam 10.30 malam
Alhamdulillah jalan clear kali ni, dalam pukul 12.30 sampai rumah dah. Elok pun, anak-anak pun dah lena. Huu. 
Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment