Sunday, May 8, 2022

Kisah AKU n Syawal 2022 - Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari ketujuh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2022 ini. Untuk menambah seri Diari Raya tahun ni, suka aku nak share aktiviti mostly untuk hari kedua Syawal. Raya kedua kami tahun ni ada sesi photoshoot bersama keluarga. Seperti yang dijangka, kakak Ija balik pagi tu dan melengkapkan ke semua adik beradik dia.
Adik beradik wife. Alhamdulillah, semuanya balik beraya. Apa bendanya, dua orang je yang tinggal luar Melaka pun. Sorang duduk Melaka, the rest duduk rumah ni lah..:-p
Bergambar kenangan beramai-ramai.
Family kecil kami. Empat orang dah.
Sesi pengagihan duit raya bagi yang berkenaan. Haha
Sesi photoshoot diluar rumah.
Kat kampung ni pun ada jugak bergambar kat tangga. Cuma sini tangga hijau, dekat sana tangga merah..:-)
Pulun pergi mendobi pagi tu semata-mata nak pakai baju raya. Huhu
Seperti yang aku mentioned dalam entri lepas, dekat Melaka ni diorang raya time malam. Lepas Isyak sampailah ke jam 12.
Solat jangan dilupakan. Huhu
Ada tiga rumah jugak yang kami ziarah malam tu dan ke semuanya memang dekat-dekat situ je. 
Raya ada anak kecik ni memang payah sikit, nak menyusu lagi. Huhu
Rumah terakhir dah semestinya rumah Pak Ngah diorang. Kat sini yang lama since dapat pekena sup tulang. Memang kebetulan perut aku kosong malam tu..:-p
Esoknya hari Raya ketiga as planned, aku dan family berserta ipar, Hafsah dan Asma dan juga anak buah, Maryam dan Hasan pergi ke Mydin MITC. 
Plannya nak bawak budak-budak main kat sini, disamping quick shopping. 
Bagi diorang main kat sini. Ada lah beli token untuk sejam setengah. Main lah puas-puas. 
Aku pulak tak buat apa pun, tengok si Iman je since wife cari baju dan kasut baru untuk anak-anak. Kalau bapak yang beli tah apa jenis lah. Haha
Sambung main kereta ni pulak. Huhu. Kome ni tak penat ke? 
Hari tu kami lunch di Mohd Chan @ Garden di Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, berdekatan Mydin MITC tu. Uniknya restoran ni sebab lokasinya didalam taman ni. 
Memang tenang je, cuma yang buat tak rilek2 budak-budak ni. Haha
Sesi mengorder makanan. Since aku pun familiar dengan menu Mohd Chan ni, memang dah tau nak order apa. 
Selfie lah sikit sementara budak-budak tu takde. Huhu
Laju jugak servis kat sini.
Makan time.
Bergambar kenangan sebelum balik rumah sekitar jam 3 petang.
Masuk kereta je semua membuta. Mana taknya main dah nak dekat 2 jam, pastu kenyang pulak. Ditambah dengan aircond kereta dan cuaca yang redup. Memang tidur lah makan dia. Haha
Malam raya ketiga ni aku tak pergi beraya pun, pergi menyinggah Serkam Darat mendobi, isi minyak since esoknya kami akan bergerak pulang beraya ke Perak pulak

Okay guys, tahun ni aku ada empat entri Raya tau. Huhu. Tunggu sat lagi aku update. Dah berapa tahun takde entri keempat ni, rasanya last tahun 2011 kot.

No comments:

Post a Comment