Friday, March 25, 2022

Kisah AKU n My Beloved INS

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak berkongsi sikitlah entri berkenaan anak dara aku yang sorang ni, Seperti dijanjikan, dalam entri ni aku sebagai bapa proudly want to announce her name lah..:-)
Hari Selasa aku ke UTC Keramat, untuk urusan pendaftaran nama anak aku ni sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah. 
Since sampai pun lunch hour, sempatlah makan dulu dengan Tn Gani kita ni. Huhu
Boleh tahan panjang queue kali ni. Dulu laju je buat, maybe sebab aku pergi lepas lunch kot.
Tapi proses tak sampai sejam dah siap surat beranak. MyKid setakat ni tak buat lagi sebab according to pegawai JPN tu memang dah dua tahun tak buat after Covid-19 outbreak hari tu. Ini lah dia nama anak perempuan aku. Nama diberi Iman Nur Syahadah Binti Muhammad Farid. Iman dari Bahasa Arab maksudnya keyakinanNur juga didalam bahasa yang sama membawa maksud cahaya. Manakala, Syahadah membawa maksud penyaksian. Jadi, maksud nama keseluruhan ialah cahaya keyakinan dan penyaksian 
Semoga anak ini diberkati namanya dan menjadi insan yang berguna seiring dengan namanya yang memberi erti kekuatan dan kecerdasan minda.
Aku sampai rumah jam 4.30 petang dari UTC, wife kata nak bawak Iman pergi klinik swasta untuk check jaundice petang tu jugak. Aku pun okay je lah walaupun kalau ikutkan memang dah exhausted. Pergi klinik biasa yang kami selalu visit di Anggun City. 
Aduh, lemau lah Fariq. Bayangkan keluar dari jam 10 pagi hari tu. Huhu
Selasa tu check memang tinggi reading jaundice anak aku ni, 171/250. So memang kena datang everyday untuk monitor progress. 
Sabar ye baby. Harapnya tak tinggi sangat sampai kena tahan wad. Kesian tengok anak kecik lagi dah cucuk sana sini nak ambil darah. 
Ish budak ni, segar pulak dia. Please lah Fariq, ayah penat ni. Takpun nanti ayah hantar Fariq rumah atok je. Haha
Kali ni, Ija ada pakai khidmat confinement lady. Time Fariq dulu memang mak yang uruskan, tapi tu lah kan. Orang tua kita ni bukannya semakin sihat, tu yang kami decide untuk utilize service ni. Ambil package tiga jam sehari je.
Package ni memang sekali urutan untuk ibu dan anak, berpantang dan macam-macam lagi. Yang eloknya siap masak lagi tu. Tapi bukan masak untuk bapak baby lah. Haha
As for now memang kami continue to monitor. Hopefully pasni Iman ada positive progress lah  ye. Boleh ayah hantar ke Melaka pulak. As for now, Ija berpantang di Rawang dulu sementara baby okay. Lepas keadaan beransur baik, baru aku decide untuk hantar Ija sambung berpantang dengan family dia di Melaka.  Ni gambar Iman bersama hadiah dari Along. Thanks sis!
Jaga anak jaundice dekat rumah ni memang mencabar. Honestly speaking, both of us memang exhausted. Bangun malam setiap satu jam untuk make sure baby minum susu dan check if berak atau tak. This is important to reduce jaundice. Tu time malam, belum siang lagi. Seawal jam 7.30 pagi nak kena jemur baby before bersiap nak ke klinik untuk daily checkup. That's why jangan sesuka hati je nak block time aku untuk meeting sana sini, tanya lah dulu. Time ni lah aku baru teringat kebajikan bos lama, granted paternity leave (PL) tiga hari siap dapat extra paid leave dua hari. Then lepas tau anak kena tahan minggu seterusnya, siap bagi pelepasan awal lagi. Kat sini? Lepas habis PL dua hari, terus berduyun meeting invitation. Bila declined, terus hantar calendar baru. Sedangkan bila masuk meeting takde function pun. Haha, cibai betul.

So guys, itu sahajalah cerita entri malam ni. Nama pun dah announce, In Sha Allah lepas ni nak buat aqiqah pulak. Tapi kena tunggu si kecik ni fully recover dulu, lagi elok bila wife pun dah habis berpantang..:-)

No comments:

Post a Comment