Assalamualaikum,
Eh ada lagi, ingatkan dah malas nak menulis? Tapi betul lah, 18 hari tak update. Memang busy betul sekarang, buat pulak jadi bidan terjun untuk support team Expressway time launching RFID di North-South Expressway yang bermula 15 Januari. Apa boleh buat, berapa kerat lah sangat staf Commercial yang ada experience on-ground activation. Biasalah, kena tang diorang "we need to support each other" katanya. Haha
Seperti yang korang tau, aku ni dah no longer berada dalam Expressway, setahun jugak lah rasanya kena transfer ke department Parking. Nak dijadikan cerita last week kami baru sahaja submit satu tender DBKL pada 20 Januari
Hari yang sama jugak kami dapat tahu yang one of our colleague, Izdan positif covid. Since aku close contact dia, so kenalah buat swab test PCR tu. Alhamdulillah result negatif dan diarahkan kuarantin kendiri selama lima hari.
Nak dijadikan cerita, launching PLUS RFID Fitment Center di dua lokasi also happened on 25 Januari. Team Expressway time tu memang shorthanded sebab orang kuat RFID sndiri pun hospitalised. Since yang ada kat department tu pun semuanya green, diorang turn tu aku yang katanya expert dalam Fitment Center ni. Haha. Tu yang akhirnya pada malam sebelum tu, diarahkan untuk support PLUS di Layby Serdang
Aku diminta untuk cover selama tiga hari, - Selasa, Rabu Dan Khamis. Operation hour kat sini start 8 pagi sampai 8 malam. Tapi aku takdelah stay full day kat sana. Biasanya pukul 6 tu aku dah cabut, yeah rushing nak ambil wife dan anak lagi. Dah lah duduk Rawang.
Role aku kat sini adalah untuk monitor operation mostly dekat kaunter. Dekat tempat fitment pulak Suffian yang tengok. Kami je lah antara pioneer RFID yang tinggal kat division ni. Haha
Tapi ada jugak lah cover fitment time Suffian busy melayan bosses. Tak dinafikan pengalaman yang ada memang banyak membantu untuk memberi guide yang terbaik untuk staf-staf PLUS ni especially the way kita handle the customer.
No comments:
Post a Comment