Salam Maulidur Rasul semua. Malam ni aku berkenan nak update cerita hujung minggu aku dan family di kampung halaman wife. Akhirnya setelah hampir setahun, dapat jugak kami pulang ke Melaka, berjumpa dengan keluarga tercinta.
Seperti biasa, cerita minggu lepas pun nak menyelit jugak. FYI, aku dah start masuk office in a rotation basis setakat ni. Rutin harian biasanya hantar Fariq ke taska dulu around jam 8 pagi.
Jalan pun dah start penuh sekarang. Tak jem tapi trafik quite tinggi.
Sampai Bangsar South sekitar jam 8.45.
Snap selfie dulu. First day pakai smart-smart sikit. Masuk hari kedua t-shirt je. Haha
Eh tak, hari kedua pun smart jugak. Ni pun sebab ada meeting dengan client, biasalah bos dah resigned. So ni masanya dia nak introduce aku dekat clienteles.
Wife yang ambil Fariq from taska since aku memang tak sempat. Masuk office ni memang lupakanlah hasrat nak balik awal.
If degil jugak nak balik jam 6 petang, ni lah jadinya. Haha. Terpaksa balik awal sebab dah janji dengan wife nak pergi farmasi.
Berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid ar-Rahah.
Sabtu pagi seperti yang dirancang, aku dan family memulakan perjalanan pulang ke Melaka. Alhamdulillah, jalan memang clear hari tu. Maybe orang tak ramai nak balik kot minggu ni, tapi pelik jugak, cuti panjang kot. Takkan tak nak balik?
Haha, budak ni. Ada je buat muka tak boleh blah time ambil gambar. Kami selamat sampai jam 10.30 pagi, cuaca panas kat sini. Habislah berkicap aku. Huhu
Petang tu open pool Fariq, sepupu dia pun ada sekali. Boleh lah mandi sama-sama.
Sabar menunggu nak ngepam pool ni. Ambil masa jugak, tu baru pam. Belum campur nak penuhkan air lagi.
Mandilah korang puas-puas. Haha
Ibu ayah selfie jelah. Nak join berendam, segan pulak. Huhu
Since surau depan rumah under renovation, aku dan Zedd solat Maghrib di Masjid ar-Rahman Pulai. Lepastu macam biasalah ngeteh, menyembang pasal kerja. Bila dah bawak kereta ni memang jauh sikit lah kami melepak sampai ke depan Poli Merlimau tu. Tapi don't worry lah, bukan nak cuci mata ye. Dah kat situ je ada restoran mamak. Haha
Ahad satu hari hujan, dari jam 10 pagi nak ke 2 petang.
Hari Isnin aku memang dah ambil cuti. Bawak Fariq dan sepupu, serta makcik-makcik diorang ke Pantai Siring. Just a few KM from rumah.
Kat sini berendam air laut Selat Melaka. Bergambar kenangan bersama wife berlatarbelakangkan Pulau Besar.
Haha, ada budak takut air.
Main pasir je hari tu.
Last-last paksa jugak, buat pulak tengok sepupu yang lain semua happy berendam.
Berselfie satu family before bergerak pulang.
Before balik, singgah mengopi dulu. Kesian budak-budak dah menggigil sejuk..:-p
Malam tu, kami ke Masjid ar-Rahman Pulai untuk sambutan malam Maulidur Rasul. Event yang dipenuhi dengan ceramah dan berzanji ni tamat around jam 9.30 malam jugak.
Hari Selasa sekitar pukul 11, kami bergerak pulang ke Rawang. Selfie dulu sebelum memulakan perjalanan sejauh 230km.
Kali ni follow Zed, dia kata nak tunjuk jalan lain. FYI, bila balik Merlimau ni aku akan masuk from Tol Jasin. Diorang kata buat habis minyak sebab pusing agak jauh jugak which aku setujulah. Ada reason kenapa aku lalu jalan tu, walaupun jauh sikit tapi agak straight forward dan tak banyak traffic light. Jalan yang bro ni tunjuk boleh tahan banyak simpang dan lampu jalan jugak. Huhu
Sampai rumah jam 3 petang after menyinggah isi minyak dan tapau lunch kat R&R Rawang. Balik rumah semua ketiduran.
Baiklah, itu sahaja lah cerita aku nak update malam ni setelah hampir seminggu tak on my personal laptop ni. Minggu ni takde plan lagi nak kemana, maybe menyinggah rumah ayah kot. Along pun katanya takde plan nak balik Rawang lagi. Alright, since malam pun masih muda. Jom lah seround dua Bannerlord, minggu ni untuk info aku tak masuk office. Huhu
P/S: Steve Bruce sah telah meninggalkan Newcastle United by mutual consent. Sekarang Graeme Jones jadi caretaker until new manager/head coach datang. Next game versus Crystal Palace. Let's play some good football and grab our first win. Amin
No comments:
Post a Comment