Assalamualaikum,
Kurang lagi tiga hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tahun ni sahih dah aku akan beraya bersama keluarga kecilku sahaja. Why? Semuanya akan terjawab dalam entri malam ni. But let's start dengan a few cerita lain minggu lepas.
Isnin lepas aku ke UiTM Shah Alam ada urusan sikit kat sana. Rindu bhai masuk pintu gerbang ni. Nak menangis sebak pun ada. Huu
Lepas settle urusan, aku berkesempatan melawat tempat belajar aku dulu - Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi. Selfie sikit depan office ni, dulu selalu keluar masuk pejabat ni nak dapat sign HEP untuk program-program fakulti.
Naik tingkat dua, banyak memori kelas kat sini dulu.
Tingkat paling atas, dapatlah pemandangan menarik ni - Menara S&T, the pride of UiTM.
Aku park kat area Kolej Melati hari tu, dah tambah covered walkaway kat sini. Tapi aku dulu naik motor, so memang park direct je.
Around 1PM aku bergerak meninggalkan UiTM, sempatlah round satu kali tengok tempat-tempat yang dah mmberi kenangan manis time aku menjadi penuntut universiti ni dulu. Okaylah, jauh pulak tercampak cerita hari ni. Nak dijadikan cerita lepas je aku sampai rumah, wife bagitau ada kes positif Covid dekat taska Fariq, so mak ayah kena ambil anak dengan kadar segera.
Malam tu kami sekeluarga buat swab test kat Mediviron.
Alhamdulillah, result negatif. Tapi still kena buat satu lagi test dengan KKM.
Jumaat lepas kami sekeluarga diminta untuk hadir ke Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu untuk menjalani next RTK test, tapi Fariq je yang kena buat.
Start pukul 10 pagi, habis nak dekat jam 12 jugak. Wife yang masuk dengan Fariq hari tu.
Kesian menangis tersedu-sedu anak aku ni. Takpelah Fariq dah ada gelang tu nanti boleh tunjuk kat adik nanti. Cakap "Abang survived wabak tau dulu, kau apa tau.." Haha
So, sekarang kami berada didalam kuarantin sebab ada kontak rapat. Hikmahnya dapat gunakan minggu terakhir Ramadhan 2021 ni solat Terawih bersama isteri. Yang si kecik ni awal-awal je okay, lepas tu mulalah meracau nak susu, last-last ketiduran..:-)
Lepas Terawih, biasanya kami berdua turun kebawah ada moreh kecil-kecilan. Huhu
Kesudahannya beraya bertiga je lah tahun ni. Alright, nak sambung tengok Selangor versus Terengganu. Tolong lah menang guys untuk melengkapkan minggu bola aku, Newcastle dah menang bergaya semalam 2-4 lawan Leicester. Thorbaik Wilson sumbat dua bijik semalam. HWTL!
No comments:
Post a Comment