Wednesday, March 3, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk 8

Assalamualaikum,

Malam ni nak update blog, tapi bukan games review tau. Muak dah tiga minggu berturut-turut review mod Warband je. Walaupun hati membuak nak share pengalaman dapat bermain Bannerlord, tapi kita tolak tepi jap. Let's update real world dulu.

Malam hari Jumaat yang lepas aku dan brothers melepak buat kali pertama di restoran Mamak yang baharu di Sungai Buaya. Lama bhai tak lepak dengan diorang ni, rasanya berbulan jugak. Banyak benda yang disembangnya, tapi tu lah lepak 2 jam je since restoran tutup jam 10 malam. 

Pagi Sabtu, aku dan family berkesempatan singgah ke Tesco Bukit Beruntung yang telah rebranded to Lotus Bukit Beruntung. Saja datang sini cari barang mainan untuk Fariq. Dah boring budak tu main toys lama je.

Mula-mula dukung dulu, dah masuk area toys memang mengelupur mintak lepaskan.

Takpe ayah, Fariq nak pilih sendiri. Huhu

Tolak troley pun Fariq boleh..:-p

Wife cari barang untuk baking. Mentang-mentangg beli oven baru. Huhu

Late breakfast di Dek Non Corner, bukan Bang Non Corner tau. Marah Abg Gani nanti, haha.

Elok pulak kucing ni melepak kat rumah aku, takpelah asal jangan kau tinggalkan sisa buangan kat situ sudah. Setakat nak tidur time panas hujan aku on je miau.

Hari Ahad, test pool baru Fariq. Huhu

Gabungkan dengan playset yang dibeli last week, baru fun.

Tengok anak seronok, kita pun jadi happy eventhough dalam kepala otak ni banyak benda nak fikir.

Malam lepas Fariq tidur, aku punya me-time pulak. Haha. Let's play Bannerlord with freshly installed mod - CA . Care to review Farid? Yes, next week lah tau. Sebab banyak feature nak kena study before aku review mod ni.

Okay, that's it untuk entri malam ni. Esok kena datang office pulak, dah start buat field work untuk department Parking ni. Tapi takdelah jam 6.30 pagi keluar rumah, sempat la jugak hantar Fariq pergi taska dulu.

P/S: Draw pulak Newcastle dengan Wolves semalam. Much worst, three key players injured and out sampai bulan 4 - Wilson, ASM, Almiron. Haruu!

No comments:

Post a Comment