Monday, February 15, 2021

Kisah AKU n Warband : Age of Arthur

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan dalam entri minggu lepas, hari ni aku nak review Mount & Blade: Age of Arthur yang merupakan sebuah mod total conversion bagi Mount & Blade Warband.

Mount & Blade: Age of Arthur or senang kita letak AoA  ini dibangunkan oleh Lady Ashwood Team sekitar tahun 2018 dengan menggunakan based Bryttenwalda, disokong oleh a few mod such as Advanced Diplomacy, Floris etc. If korang familiar atau minat dengan cerita Merlin, mod ni memang sesuai untuk korang sebab ia dicedok dari Arthurian lore yang mengisahkan tentang lagenda King Arthur ketika zaman Dark Ages. Aku tak nak cerita pasal faction sebab memang berlambak faction yang ada, lebih kurang 45 faction yang ada termasuknya the famous Kingdom of Camelot.
Map dia merangkumi the entire British isle iaitu England, Wales, Scotland, Ireland dan juga a part of northwest Europe yang didiami oleh Frank, Burgundians, Allemani, Visigoth etc.
Dalam game ni, korang boleh pilih ciri-ciri karekter dari bangsa, agama, physical appearance etc, sebab apa yang korang pilih tu la yang akan main peranan dalam game ni. Born as Flavius Aurelianus, descendant of the last Western Roman emperor Flavius Romulus Augustulus ini memulakan perjalanan sebagai seorang son of exiled Roman noble di Lundein (presence day London), capital of Romano-Briton di Brittania.
Game ni cam biasalah ada market untuk korang beli barang-barang seperti baju, armor, senjata, barang makanan untuk tentera dan sebagainya. Ada juga weaponsmith dan armourer untuk upgrade weapon, healer untuk merawat wound dan facial treatment. Uniknya dalam game ni, bulu-bulu seperti janggut dan misai boleh tumbuh kalau korang tak trim. Serious ni, tak tipu.
Macam mod lain, sini pun boleh lepak-lepak kat tavern untuk rekrut tentera upahan, hire companion dan juga kalau bernasib baik boleh jumpa dengan penyair untuk belajar sajak/syair yang boleh digunakan untuk mengorat. Ada jugak gambler untuk berjudi. Slave trader untuk jual tawanan perang dan juga book merchant yang menjual buku skill. Huhu
Elemen RTS didalam AoA ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, AoA membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau real time strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu ketika zaman gelap Britain selepas kejatuhan Empayar Rom Barat pada 478AD. Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah berdasarkan watak dalam Arthurian legend such as King Arthur, Sire Agravain, Sire Lamchalad, Lord Mordred, Dux Aurelius Ambrosius, Rex Alaric dan banyak lagi. 
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku, Flavius Aurelianus lengkap menyarung Roman armor dan bersenjatakan Roman gladius dan long sword sepanjang perjalanannya untuk mengembalikan kedaulatan kerajaan Rom yang sudah terkubur hampir 30tahun yang lepas. 
Dalam map kalau perasan ada location with white color. Tu sebenarnya lokasi yang korang boleh lawat, if bernasib baik maybe ada treasure box yang menyimpan barang-barang rare. Ada tempat seperti sacred grove, monastery. If korang nak explore magic, bolehlah melawat Roman Ruin (dalam gambar), kat sini korang akan berjumpa dengan Queen Mab, seorang witch yang akan membuka quest untuk Merlin. Basically akan ada option untuk membunuh King Arthur, aku personally jarang main pun quest-quest pelik ni, lagi suka explore the map.
Okay, jom kita cerita sikit apa progress aku setakat ni. Setakat ni, Flavius Aurelianus merupakan pemerintah bagi the newly established Kingdom of Rome (red colour). Kerajaan in dibentuk selepas kejayaannya mengalahkan Kingdom of Burgundy di Selatan Frankia yang merupakan antara salah satu kerajaan yang menjatuhkan Roman Empire suatu ketika dahulu. Sweet revenge kan? That's for you pop, Romulus Augustulus.
But how he did it? Let's flashback sekejap. Ianya merupakan sasaran utama Aurelianus setelah berjaya mengumpulkan the remnant of the Legio IX yang berpusat di Britannia. Setibanya beliau di Gaul, saki baki Legio XIII joined the struggle to restore once the mighty Roman Empire. Aurelianus bersama his loyal bodyguard, Tribune Syagrius memang banyak habiskan masa scout town dan castle milik Burgundians ni sebelum memulakan serangan.
Preparation memang tip top, sampai bina satu hidden fortress sebagai operation base dekat Gaul ni. Tapi tu lah, askar Rome ni tak ramai. Adalah dalam 500 orang je itupun kena split between two commander. Kira memang perlukan taktik yang mantap dan juga heavy reliance with local mercenary untuk replenish the strength. Kebetulan Burgundian pun ada 4 lords sahaja, so most probably Aurelianus dan Syagrius will opt for hit and run tactic.
Peperangan menentang Burgundians bermula apabila Aurelianus mengalahkan Roi Gundobad dan menawan Lugdunum yang kemudiannya dikepung oleh Burgundian selama hampir 30 hari. Seperti yang diharapkan, Dux Ambrosius menghantar reinforcement led by Princep Reamald dan berjaya menghumban Burgundian ke Fort Avalon.
Flavius Aurelianus memimpin Legio XIII menyerang Lord Gundemar didalam twin battle of Avar and Excolliacus. Syagrius's Legio IX berjaya mengalahkan Lord Godesiel didalam pertempuran Divio. Dalam mod ni, lord yang berperang ada kemungkinan untuk terbunuh didalam pertempuran atupun dibunuh setelah dijadikan tawanan perang. Satu feature yang jarang ada dalam mod Warband.  
1 December 499AD - Augustodunum, ibu kota Kingdom of Burgundy ditawan sekaligus menamatkan kempen peperangan. Proklamasi pembentukan Kingdom of Rome dibacakan oleh the first minister, Consul Syagrius.
503AD - Dah masuk tahun keempat Aurelianus menjadi Caesar bagi Kingdom of Rome. Setakat ni maintain hubungan yang baik dengan a few kingdom yang once ada tie with Roman Empire such as Romano-Briton, Caer Celemion, Kingdom of Gwent etc. Hasil perkahwinannya bersama Princess Gwenthyr, Aurelianus dikurniakan seorang putera yang dinamakan Flavius Maximus.
Time peace macam ni biasanya Aurelianus akan keluar berburu bersama Maximus. Kalau nasib tak baik cam gambar ni kena ambush dengan deserter/looter. Tapi gandingan father-son ni memang handal, kalau setakat outnumbered 1:10 tu boleh lagi lah nak survive. Haha
Dan disitulah juga berakhirnya entri ni, sebab nak tunggu habis memang lama lagilah chor! Kita stop sampai sini dulu, next target aku nak recapture the entire Gaul region which means potential military campaign against Allemani, Frankia, Visigoth etc. Maybe dalam masa setahun dua ni relax dulu sambil strengthen the economy and rebuild the military, dah ready nanti baru kita have fun. Huhu. Ni lah achievement setakat progress aku main sekarang, okaylah kot.

Baiklah, that's the end untuk review AoA. Minggu depan nak review apa pulak? Entahlah, aku ada a few playable mod jugak tapi rasanya yang lain tu biasa-biasa je sebab pakai enjin native. Kalau ada pun maybe akan review Nova Aetas, tapi bukan dalam masa terdekat ni lah.

No comments:

Post a Comment