Thursday, December 17, 2020

Kisah AKU n CMCO @ Lembah Klang - The End

 Assalamualaikum,

Minggu lepas aku ada masuk office sekejap, ada briefing department baru. Payah nak buat thru Teams, tu yang bos ajak datang office. Discuss face to face, lepas lunch aku balik rumah. Tu yang okay pasal department ni, time CMCO ni datang office bila perlu je. Kerja siap, baliklah. Tak payah pun tunggu pukul enam. Tapi kalau dah sampai rumah tu sambung lah kerja balik. 

Ni gambar Fariq time aku pergi kerja hari tu. Huhu. 

Government announced CMCO Lembah Klang ditamatkan berkuatkuasa 7 Disember. Jadi Sabtu lepas aku ambil peluang bawak Fariq keluar rumah jap. Maklumlah, Covid-19 ni bukan boleh bawak main. Ingat nak melawat Setia City Mall, sekali tengok kes kat Klang empat angka lagi. Tengok Rawang pulak still ada kes aktif, sudahnya Hulu Selangor je lah yang hijau. Singgah TESCO, cari baju dan mainan baru untuk si kecik ni.

Amboi budak ni, punyalah laju berjalan sekarang. Semput nak mengejarnya, takut dibiar karang habis barang-barang kat rak tu dia jatuhkan nanti

Tak cukup lagi ni ayah. Huhu

Haa, ni last.

Muka banyak senyum..:-)

Sejak ajak wife makan kat Mohd Chan dua minggu lepas, terus dia nak makan sini lagi. Aku dah kata tempat ni memang best. Rambut tu kalau boleh nak simpan sampai Raya tahun depan. Haha

Fariq suka makan Nasi Ayam Combo kat sini, while aku pulak memang akan order menu favourite - Shanghai Dumpling with Thai Sauce

Sorry lah Fariq, ayah tak berani lagi nak bawak ke tempat-tempat best sebab most of them dekat Lembah Klang tu. Nanti kes dah cool, kita pergi Setia City eh. main kat Molly Fantasy Tapi, keluar pergi Bukit Sentosa pun boleh tertidur budak ni. 

Kekadang menyirap je rasa dengan politician kan? Pasal kerakusan diorang ni lah kes naik balik, tapi apa boleh buat. Diorang kan immune bab-bab virus ni, langgar SOP pun cukup minta maaf je. Yang marhaen ni lah kena bayar compound segala bagai. Tu belum cerita pasal ekonomi lagi, yang diorang sedap dapat gaji/elaun. Yang rakyat lah menderita kena buang kerja, potong gaji. Pastu dah la lembab, nak harapkan NGO, individu yang buat kerja cepat cam Ustaz Ebit tu. Pfft

P/S: Newcastle menang minggu lepas lawan West Brom. Sekarang we sit at 11th place. Nice job!

No comments:

Post a Comment