Monday, May 12, 2025

Kisah AKU n Family Vacation @ Ipoh - Day 2

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, petang ni aku nak update cerita hari kedua percutian kami di Ipoh. 
Snap gambar berlatar-belakangkan gua batu kapur yang sinonim dengan ibu negeri Perak ni.
Semalam merupakan Hari Ibu, so dikesempatan ni aku nak wish Happy Mother's Day kepada insan-insan didalam gambar ni. Of course yang terutama sekali kepada mak Pn Sulina, to my beloved wife, Ija dan juga my sister, Darina..:-)
Bergambar kenangan before bergerak to our first destination for hari kedua ni.
Our first destination ialah Gunung Lang Recreational Park. Sebuah nature park yang terkenal di bandar Ipoh ni. Harga masuk adult RM3/pax, kids RM1.50/pax which is memang berbaloi.
Tengah tunggu turn nak naik bot.
10-minutes boat ride to kawasan rekreasi yang terletak at the other side of the park.
Iman muka resah je naik bot..:-p
Selfie bersama Bro Faris.
Landing time. Kawasan rekreasi ni ada campsite, menara tinjau, playground, mini zoo dan juga dilengkapi dengan tandas, surau dan convenience store.
Elok je mendarat, kami beli tiket naik tram untuk explore kawasan ni. Nak jalan kaki pun boleh tapi considering ada senior citizen, tu yang decided naik tram je.
Tengok apa tu? Ohh lupa pulak nak mention kat sini memang banyak monyet. So elakkan pegang makanan or plastik kat tangan, confirm kena rembat. So gambar ni budak-budak ni terkejut tengok ada visitor lain yang kena 
Naik benda ni cepat sikit travel. Tapi sebenarnya takde apa sangat nak tengok. Huhu
But of course kita dapat tengok pemandangan yang scenic sekitar Gunung Lang ni.
Menara Tinjau. Tapi tak berhenti pun hari tu, maybe sebab queue ramai kot.
Tempat landak ni ada lah berhenti sekejap dalam 5 minit. Tak silap driver tu cakap umur landak ni dah 25 tahun. Kira dah tua jugaklah.
Menaiki bot pulang ke main jetty.
Dalam area Gunung Lang ni jugak ada the Pavilion Petting Zoo. Tapi aku and the kids + Bro Faris je yang masuk. Yang lain semua lepak kat luar je.
Agak besar jugak. Mula-mula aku ingatkan kecik je tempat ni. Indoor zone menempatkan haiwan domestik seperti arnab, kucing, hamster, hedgehog dan juga reptilia seperti iguana, ular etc. Dah nama pun petting zoo, so kat sini kita dapat chance untuk pegang haiwan-haiwan ni dengan pengawasan staf yang bertugas.
Ada kira-kira 800+ haiwan jugak yang ada kat sini terdiri daripada 100 jenis species.
Outdoor section pula ada a wide range of farm animals seperti kambing, lembu, biri-biri, kuda etc. 
Kat sini pun ada ostrich yang dilepaskan. Tu yang kitorang tengok dari jauh. Haha
Ada jugak tempat budak-budak bermain setelah puas melihat animals yang ada.
Main bubble pulak. Dalam jam 1 petang, kami decided to exit Gunung Lang dan meneruskan aktiviti seterusnya iaitu makan tengahari.
Lunch di Restoran Simpang Tiga yang terletak di Greentown Square Ipoh.
Restoran ni terkenal dengan masakan Padang yang sedap dan menyelerakan. Ada kira-kira 100 jenis lauk pauk yang disediakan. Kita pilih je dulu, nanti diorang akan bawak ke meja kita..:-)
Memang berbaloi-baloi. Nampak tu habis licin kitorang makan. Huu
Kat restoran ni pun ada koleksi motor vintage jugak. 
Lepas makan, aktiviti hari kedua diteruskan dengan a visit to AEON Kinta City. Of course, kat sini nak bagi the kids enjoy pulak..:-)
Wife ditemani mak dan Along pergi shopping, while kami yang lelaki ni monitor budak-budak ni main.
Memang besar Kidzoona kat sini. Rasanya tiga kali ganda from yang ada kat AEON Rawang tu.
Siap ada simulation firetruck lagi..:-)
Panas je aku dengan budak cibai yang tinggi tu. Dah macam monyet liar. Semua budak dia nak kacau termasuklah Fariq. Tu yang aku suruh Fariq main benda lain. Tak silap ada 2-3 parents jugak yang complaint kat staf pasal perangai siamang budak tu..Pfft
Main yang ni je lah Fariq. Biasa budak-budak bermasalah camtu diorang tak suka main benda-benda berilmiah camni. Huhu
Sampai jam 3.30pm jugak kitorang lepak kat sini before pulang ke tempat penginapan kami.
Petang tu around 5pm, kami bawak the kids mandi swimming pool. Ni sebenarnya acara yang diorang paling ditunggu-tunggu..:-)
Okay lah jom naik, dah sejam setengah dalam ni. Habis kecut dah..:-p
Selfie before naik bilik..:-)
Sempatlah snap satu gambar before naik atas.
Before Maghrib seperti biasa kami ke dobi. Just 2-min driving from the hotel.
Lepak kat Najwa TomYam bersebelahan dobi sambil menunggu. Tapau makanan untuk our ladies dan juga the kids.

So, itu sahaja cerita hari kedua kami. Untuk entri hari ketiga, In Sha Allah jap lagi aku update. Nak balik Rawang ni.

P/S: Newcastle beat Chelsea 2-0 untuk naik ketangga ketiga liga. HWTL!

2 comments:

  1. Wahhhh seronok nya berjalan.... ramai-ramai happy je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuan, memang lain bila vacation ramai-ramai ni.

      Delete