Letihnya minggu ni, macam tak cukup pulak cuti 2 hari ni. Huu. Tapi seriously gue emang capek minggu ni. Everyday ada rapat di kantor. Eh dah kenapa cakap Indonesia pulak ni, bukan yang datang meeting dengan orang Taiwan ke? Haha, memanglah saja nak cakap Indo. Emangnya gak bisa? Yes that's right, office kami menerima kunjungan our technical partner dari Taiwan and I'm the one yang linked them for a potential business here in Malaysia. Since aku yang bawa diorang kesini, so aku juga bertanggungjawab untuk memastikan business visit mereka selama 3 hari disini berjalan dengan lancar.
Minggu meeting bermula pada hari Selasa with TNG followed by a session with our Taiwanese affiliate pada petang yang sama di Bukit Jalil. Since the business juga melibatkan synergy between two big conglomerate, I'm taking this opportunity to introduced them to AlloyMtd on Wednesday dan kemudiannya bergegas ke TPM untuk do some preparation for our presentation to the client and end-user. Tengok sendiri lah gambar tu, lesu habis!
Khamis merupakan hari terakhir bagi lawatan 3 hari mereka kesini. One last round of meeting and a very important one with the client and end-user at Bangsar South. A fruitful meeting, at least now we have confidence in bringing the right partner for this project. Gentlemen, let's make it happen!
So nak dijadikan cerita, lepas lunch my boss minta aku entertain Taiwanese ni and show them Greater Klang Valley Transit System. Maklumlah, projek kami pun berkaitan AFC Transit System, memang elok sangatlah bagi diorang feel sendiri macam mana rasanya nak tren kat sini. At least they can access the condition here and match with their solution. Gambar ni time kami sampai ke destinasi pertama - KL Sentral. Sebagai mukadimah aku gunakan map ni untuk explain kat diorang transit line yang ada di KL ni. Yang tak boleh blah, ada 5-6 orang pelancong lain pun join dengar. Ingat aku pemandu pelancong ke? HahaSemua jenis transit system aku bawak diorang tengok from LRT, MRT, Monorail, KTM, KLIA Transit etc. Bukan setakat tengok model Automatic Gate je, sekali dengan Ticketing Vending Machine, Reload Kiosk pun aku terangkan sekali petang tu.
Our next visit is Pasar Seni Hub iaitu interchange station untuk MRT SBK dan juga Depot RapidKL Bus. Thanks to them, ni first time aku masuk stesen MRT. Haha
Alang-alang ada dekat Pasar Seni, I take them for a walk and shopping kat Central Market. Berkotak-kotak snek, souvenir berasaskan durian orang Taiwan ni borong petang tu. Haha. Then, we had a quick minum petang dekat Petaling Street @ Chinatown before bergerak pulang ke LRT Kerinchi where I parked my car.
Yang sebelah aku tu Ricky (Director - Special Project Division), yang belakang tu pulak Santiago (General Manager - AFC Technical). Dialog yang aku share kat FB ni je kan?
Ricky: Is this your national car? What model is this?
Me: This baby is called Myvi. The most bad ass car here in Malaysia (muka serius)
Ricky: Why is that??
Me: Everyone hates us. Haha
Then aku tunjuk sikit adegan cilok mencilok.
Ricky: Now I know.
Ni pulak sambungan dia..
Ricky: If that's the case it's driver to be blame, not the car.
Me: That's the problem with Malaysian. They loves to blame the car rather than driver's attitude. Ohh by the way, I don't drive like that. Just wanted to show how's thing related here. That's it.
5PM - Aku hantar diorang ke Park Royal Bukit Bintang. Terbaik jem kat sini, ditambah pulak dengan hujan lebat. Padu! Aku sampai rumah pukul 7.30 hari tu. Alang-alang sangkut jem, sudahnya aku masuk jalan dalam je tak nak bayar tol. HuhuNi pulak cerita semalam, memenuhi undangan Tn. Kamaruddin untuk majlis persandingan anak lelakinya di Roof Garden Bukit Jelutong. Pergi berdua je teman ayah, nak harapkan adik memang harapan tinggal kenangan lah gamaknya. Haha
Bila tengok folder 2017 aku kat laptop ni, boleh kata suku sub-folder semua pasal wedding je. Haha. Apa boleh buat, takde rezeki lagi nak naik pelamin. Tengok orang naik pelamin pun boleh lah..:-)
Since ayah pun dah berangkat ke Melaka and only will be back dengan mak Rabu ni. Adik pulak dah balik ke Nilai untuk memulakan semester keempatnya di USIM. Nampaknya keseorangan lagi lah. Nak pergi cari makan jap. Malam ni nak tengok EPL Newcastle-Swansea, hopefully bolehlah meneruskan rentak kemenangan. Till then, take care semua!
P/S: Ricky tak percaya umur aku 25, dia ingatkan around 28-29. "Well Farid, with this age I believe you can achieve a lot and powerful in near future.." Thanks for your compliment, Ricky. I'm flattered.
No comments:
Post a Comment