Tuesday, September 26, 2017

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Canal of Two Water

Assalamualaikum,

Hari ketiga kami di Krabi bermula dengan baik. Cuaca baik, breakfast pun okay. Cuma tu lah, mood tak berapa nak okay sebab hari last and then for most of us, hari Isnin dah start kerja balik. Aku terpaksa ambil cuti since kereta tak siap lagi kat Perodua tu. Hii
9.30 AM - Dah start berkumpul di lobi untuk check out. 
Tunggu Prathab tak siap-siap lagi. Sempat jugak tengok muka Pn. Zihan dah pissed off. Well, aku kerja direct bawah dia. Memang tahu sangat dia tak berapa gemar orang tak menepati masa. Sebab tu kalau ada meeting melibatkan dia, aku make sure kena sampai sejam awal. Kalau tak jadi macam dekat SMART hari tu, lambat 10 minit beb. Tak berani buat eye contact terus. Haha
Destinasi pertama untuk hari penutup kami disini ialah Thapom Khlong Song Nam or in English, Thapom Canal of Two Water.
Apa yang uniknya pasal tempat ni ialah as it name suggested - Canal of Two Water literally means tempat pertemuan antara dua jenis air iaitu seawater dan freshwater. Sea water dari Laut Andaman, fresh water pula dari Kao Chong Phra (Sungai). 
Sempat lagi si Tengku bahan aku depan kamera. Izuwan pun elok melayan je. Haha, cibai sungguh makhluk ni..:-p
Dari kiri: Kerol, Arep, Farid. 
Kata Khun Matt lah air kat sini memang jernih lagi-lagi time air pasang. Hat ni belum fully pasang pun dah cantik..:-)
Sekali pandang macam dekat set shooting filem Nang Nak lah pulak. Seram beb, buat time aku bergambar tiba-tiba ada kepala mengintai kat celah pokok tu. Huhu
Singgah lunch di Ruantalay Restaurant, sebuah restoran terapung yang terletak di outskirt Krabi. Since cuaca agak panas, berpeluh jugak kami makan. 
Tapi apa-apapun lunch sini memang puas hati. Dalam banyak-banyak restoran aku visit kat Krabi kali ni, makanan restoran ni paling sedap. Menu kami - Massaman Chicken, Thai Deep Fried Fish, Spicy Seafood Tom Yum, Stir Fried Oyster, Stir Fried Chicken with Thick Sause, Prawn Tepura, Thai Fried Crab with Spring Onion dan juga desserts aneh - Syrup Water Chestnuts

Okay, on next entry kita akan ke Big C Shopping Center untuk melengkapkan percutian 3 hari kami di Krabi. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment