Saturday, September 2, 2017

Kisah AKU n Aidil Adha 2017

Assalamualaikum,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini dan menyambut Aidil Adha pada tahun 2017 ini. Semoga raya korban tahun ini diisi dengan ibadah dan juga aktiviti bermanfaat yang diberkati Allah. Amin In Sha Allah. Baiklah, dipagi Sabtu yang redup ni, aku nak berkongsi sambutan Aidil Adha family aku bagi tahun ni. Apa-apapun lets start first dengan office talk dulu. 
3 hari bekerja dipejabat boleh tahan sibuk jugak minggu lepas. Mana taknya, naik kerja Selasa depan dah ada dua meeting pagi dan petand divenue berasingan. Rabu meeting kat HQ. Khamis meeting lagi kat luar. Jumaat je free. Apa boleh buat, nama pun Business Developer. Takkan nak duduk office sedap-sedap je kot. Huu
Malam Raya tu pintu rumah kami dibuka bagi menyambut kedatangan kariah surau yang datang kerumah-rumah sekitar Mawarsari untuk bertakbir Raya.
Ada jamuan ringan sikit yang disediakan.
Seawal jam 8.15 pagi kami dah bersiap ke surau berdekatan untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Suka sangat pakai baju kaler ungu ni. Huu
Boleh tahan ramai jemaah semalam, sampai solat kat luar sini semalam. Ingatkan sampai awal boleh duduk dalam, ada aircond. Huu.
Lepas solat, aku menziarahi pusara Chico yang baru je meninggalkan kami 2 hari lepas. Sedihnya tak terkata. Yang ni aku update entri lain..:-(
Berbalik ke cerita raya Haji ni, juadah kami tahun ni agak variety jugak - Nasi Minyak, Kari Kentang, Ayam Masak Merah, Rendang Hitam dan juga 2 batang lemang yang dibeli from En. Hashim.
Aik? Sorang je ke, mana yang lain?
Tahun ni special sikit sebab first time beraya dengan new addition dalam family kami - Bro Syazwan. Raya Aidifitri hari tu diorang balik Johor, yang hat ni balik Rawang pulak..:-)
Selain aku, mak jugak terkesan dengan pemergian Chico. Air mata tak hilang lagi tu..:-(
Haa, yang ni memang tak amik kisah langsung pasal kucing kami tu. Mungkin sebab ayah tak minat kucing kot.
Bergambar kenangan bersama keluarga tercinta..:-)
Untunglah ada orang yang sayang. Huu. Hujung tahun ni diorang bakal menimang cahaya mata a.k.a cucu pertama dalam keluarga kecil kami ni dan technically, my first nephew.
Huu, siapa nak duduk sebelah ni? Kosong lagi. PM tepi for more details..:-p

Tahun 2017 ni masuk tahun kedua dah surau kami ni tak buat sembelih korban. Family terdekat pun takde yang datang ziarah since most of them balik kampung. Elok pun, aku pun ada kerja nak settle sikit untuk presentation minggu depan. Menutup entri raya Haji tahun ni, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, mari kita doakan agar para-para Haji kita selamat pergi dan pulang dan juga dikurniakan haji yang Mabrur. Dan untuk kita yang belum berkesempatan menjadi tetamuNya, teruskan berdoa dan tingkatkan amal ibadah agar diciptakan peluang untuk kesana pada tahun yang mendatang. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment