Monday, September 25, 2017

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Building The Team

Assalamualaikum,

Sorry lambat sikit, aku pergi Bukit Sentosa tadi jumpa ejen rumah. Ada discussion pasal status pembelian rumah aku tu. We had decided to called of the purchase. Lama sangat stuck pasal isu tanah Sungai Buaya ni. That's the risk kalau nak beli rumah dekat township yang bermasalah. Even loan lepas pun, still kena hadap Pejabat Tanah. But still aku communicate dengan En. Mus untuk cari rumah di area Bukit Sentosa or Bukit Beruntung. Jauh sikit, tapi still possible untuk dapat rumah landed dalam bajet aku.
Okaylah, aktiviti hari kedua kami dipenuhi dengan melawat pulau-pulau kecil yang berada sekitar Krabi dan juga teambuilding session. Breakfast seawal 8.30 pagi di White Orchard Restaurant. Makan sausage + omelet je pagi tu.
Menunggu bas yang akan membawa kami ke Nopparat Thara Pier. Untuk hari kedua ni, ada aktiviti island hopping dan juga snorkeling menanti kami di pulau-pulau yang terpilih. Err, I mean pulau-pulau yang ada dalam pakej. 
Naik bas 15 minit je dari Ao Nang ke Nopparat Thara. Kalau dulu naik skuter, lagi-lagi bila Afiq yang bawak. Tak sampai 5 minit dah sampai. Hanat betul. Haha
Selfie satu kali! Baju ni aku yang design, banner pun sama. Huu. Poyo, tu pun nak cerita.
Naik speed boat dari jeti. Hujan lebat gila! First time aku naik speedboat time hujan lebat. Tapi sempat lagi amik gambar. Nasib baik bawak waterproof cover tu siap-siap. Ada lah selamat sikit henset aku dalam tu. Belajar dari pengalaman der, dulu kat Perhentian henset mati sebab tak perasan beg masuk air. Kali ni aku pakai beg kulit kalis air punya. Haha 
Our first stop is Railay Bay. Kat sini ada Phra Nang Cave yang menempatkan sebuah ancient temple untuk menghormati a mythical sea princess disini. Tapi jangan terkejutlah kalau nampak ada banyak objek pelik kat sini. Hah, benda pelik? 
Yes, contohnya seperti benda ni. This is a wooden carving of Palad Khik or simply, alat sulit lelaki or famously known as Konek. Haha. Orang kat sini percaya kalau korang offer Palad Khik kat kuil ni, ianya akan membantu meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan perempuan. Alah, kita pun ada jugak lagenda Dayang Bunting. So, janganlah nak pelik sangat. Betul?
Bermandi-manda di Phra Nang Beach. Don't worry, Khun Matt kata kat sini mandi takde side effect pun. Yelah, macam kat Pulau Dayang Bunting bila minum or mandi boleh subur. Huu
Alang-alang dah basah kena hujan tadi, apa lagi mandi lah!
Naik bot laju untuk ke pulau seterusnya - Tub Island for snorkeling session.
Kat sini aku snorkeling sekejap je. Orang rabun kuat ni lah masalahnya, time aktiviti air macam ni bukan nampak apa pun. Haha
Banyak bergambar atas bot je.
Singgah lunch sekejap di Poda Island bertemankan bayu Laut Andaman. Menu kami petang tu Kao Phad Thai, Deep Fried Chicken dan mineral water. Kat sini ada beberapa orang terbaring jugak sebab mabuk laut..:-)
Bergambar bersama Monk's Head dulu before meninggalkan pulau ni. Ada nampak cam kepala orang kan yang belakang tu?
Sekitar jam 3 petang, kami semua pulang ke Nopparat Thara Beach untuk aktiviti teambuilding.
Nampak sekerat pun jadi lah. Asalkan ada. Huu
Ada 5 game yang kami main petang tu. Semuanya best, tapi yang paling pelik game pisang tu. Serius lucah gila. Haha. Mungkin tu permainan rakyat Siam ni kot. Nanti dah dapat gambar aku share. Aku dapat satu team dengan Bos Nizam, Kak Ain, Zaaba, Haziem, Prathab dengan Nik. Team kami (Koh Yawasam) dapat nombor tiga hari tu....out of 4 team. Haha

4.30 PM, sesi teambuilding kami ditamatkan dengan jayanya. We really had fun that day. Bas membawa kami pulang ke hotel. Memang sampai je terus jemur baju, pastu mandi since pukul 6.30 dah nak kena berkumpul semula dilobi untuk dinner di De' Fish Restaurant.

P/S: Aku nak habiskan travelogue Krabi Getaway malam ni jugak. Tak kisah lah tidur pukul 1 pagi pun..:-)

1 comment: