Sunday, September 3, 2017

Kisah AKU n Kongsi Rezeki @ Mohd Chan Bukit Beruntung

Assalamualaikum,

Amboi, bukan banyak lagi update entri 2-3 hari ni. Apa boleh buat, banyak pulak cerita time cuti ni. Saja nak story sikit aktiviti wajib keluarga kami bila berkumpul ramai-ramai macam ni. Since Along pun nak balik Melaka esok. So we decided to go for a dinner dekat one of our favourite restaurant di Bukit Beruntung. 
Kat mana lagi kalau bukan kat Mohd Chan Muslim Restaurant Bukit Beruntung ni. Asalnya nak makan Sukhotai, tutup pulak. This marked my fifth visit di restoran yang menawarkan makanan Cina Muslim ni. Elok sepuluh kali, boleh apply jadi duta lah kot. Haha
Aik, selalu melekat je dengan handphone. Ni dah kenapa tutup pulak? Huhu
Minggu depan bro tu dah nak balik USIM after hampir 3 bulan bercuti. Puas cuti dia kali ni, siang main PS, malam pulak tengok Anime. Kalau aku dulu dapat cuti lama buat part time beb!
Pasangan ni pun join jugak. Mentang-mentang makan free. Haha
Ada sebabnya kenapa kami makan besar semalam. Semuanya funded by this guy lah. Hari tu company dia bagi yearly increment + bonus. So memang berhajat nak belanja family. Ada lah keberkatan mak ayah sikit untuk rezeki yang dikurniakan ni. Amin.
Juadah dinner kami - Siakap Goreng 3 Rasa, Sotong Telur Masin, Baby Kailan Ikan Masin, Tomyam Seafood Soup, Royal Thai Blue Mussels, Thai Chicken and of course, our favourite side menu - Homemade Chicken Roll
Kekenyangan. Haha
Macam biasalah, kemaskan meja sebelum meninggalkan restoran. Contoh adab makan yang perlu disemai dan dipraktis oleh majoriti keluarga di Malaysia ni. Ni kadang-kadang tengok lepas makan biar je. Tu belum campur jenis yang basuh tangan dalam pinggan. Cam sial je perangai. Kesian waiter.
Hehe. Dapat jugak bergambar dengan jersi Newcastle untuk season 2017-2018 ni. Sebenarnya Rabu lepas dah dapat, tapi besar pulak. Yang hat ni cantik dah alter sikit. Haish badan aku ni, beli saiz S pun longgar. Nak kena XS jugak baru fit..:-)

Itu je lah cerita pagi buta ni. Okaylah nak tidur dulu. Karang Subuh gajah pulak. Huu

No comments:

Post a Comment