Assalamualaikum,
Untuk aktiviti malam pertama di Krabi, kami dibawa menuju ke White Orchard Restaurant untuk dinner. Takde dibawa menuju pun, sebenarnya restoran dalam kompleks hotel ni jugak. Sembang macam jauh sangat je restoran tu. Haha.
Another "aroy" food from Thailand - White Tom Yam, Butter-Fried Prawn, Thai Sweet Sour Fish, Pa Neng Beef Curry, Thai Fried Chicken with Eggs, Crispy Fish Maw and lastly, marvelous Red Ruby with Coconut Milk deserts
Walaupun kekenyangan, aktiviti malam kami diteruskan dengan exploring Ao Nang's nightlife. 10 minit kami stuck kat sini sebab ada pondan bersidai cari mangsa (amik gambar sekali kena bayar 50 THB, walaupun paksa rela). Aku tengok dari jauh memang diorang tarik mana-mana lelaki, pastu they squeeze their "boob" and "butt". Oi, kalau perempuan betul takpe lah. Ni pondan, silap-silap benda lain yang terkeluar nanti. HahaAsalnya kami berjalan dalam group of ten people, tiba-tiba hujan lebat membasahi bumi Krabi. Payung takde, baju hujan pun takde. Memang semua pakat lari bertempiaran cari tempat teduh. Sudahnya, kami pun terpisah.
Aku pun jalanlah sorang-sorang lepas hujan tu, then terjumpa Prathab dengan Suhaimi tengak merokok kat simpang ni. Ingat nak balik ke hotel, dah jumpa diorang sambung berjalan balik. Huu
Ao Nang Walking Street ni memang happening. Ada banyak souvenir outlet, pub, massage parlor etc. Fast food restaurant seperti Burger King & McDonald's pun ada jugak.
Ao Nang Centerpoint pulak memang penuh dengan kelab malam, disko. Pendek kata, nightlife sini boleh tahan dahsyat jugaklah. Tapi macam Khun Matt kata, Phuket's nightlife still the best kat Thailand ni. Haa, yang tu tak dapat nak sangkal lagi. Aku sendiri dah tengok. Haha
Ada lah beli 1-2 souvenir kat sini. Normally aku jarang berbelanja time hari pertama bercuti. That's my general rule of thumb lah since kita tak tahu lagi next day tu ada pergi port lain ke tak. Mana lah tahu pergi tempat lagi murah, remuk hati beb!
Bukan main borong lagi Mr. P ni. Haha
Bergambar dihadapan Ao Nang Swordfish Statue. Dulu aku sambut New Year kat sini lah, duduk sensorang sambil menunggu lagi 2 makhluk tu berjimba kat Ao Nang Centerpoint tu..:-)
Singgah ngeteh Cha Ren dulu. Sedap beb, memang lain dengan rasa Teh Tarik yang ada kat Malaysia ni. Ada rasa-rasa Pandan sikit.
Dibantainya main poker kat bilik aku pulak. Nasiblah ada wifi kat sini, boleh lah kill time sementara tunggu diorang blah. Haha
Esoknya kami ada aktiviti laut plus team-building, so stay tuned!
No comments:
Post a Comment