Sunday, September 17, 2017

Kisah AKU n Remembering Him...

Assalamualaikum,

Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada warganegara Malaysia yang berada didalam mahupun diluar negara. Tak sangka dah 54 tahun usia negara kita ni kan. Sudah tentu banyak pembangunan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita yang terdahulu sehingga kini. Kejayaan yang dicipta datangnya dari hasil usaha mereka dan juga sokongan padu dari rakyat tidak kira agama dan bangsa. Jadi, aku menyeru agar kita sama-sama berganding bahu untuk memastikan keamanan yang dikecapi selama ini dapat dipertahankan. Selamat Hari Malaysia!
Hari Isnin lepas aku ke TPM, ada meeting dengan vendor. Shortly after meeting habis around 5PM, aku keluar amik fresh air sikit kat luar office. Tengah sedap melayan perasaan tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Fikiran aku melayang flashback ke 10 Julai 2017 - ingat lagi masa tu aku lepak sorang-sorang kat sini lepas attend Open House LITRAK. Sebijik, cuaca yang sama - redup, hujan renyai.
Tiba-tiba ternampak ada benda kecik bergerak bawah kereta di posisi yang sama kereta biru tu. Bila diamati rupa-rupanya ada anak kucing tumpang berteduh bawah tu. Cepat-cepat aku bawak dia kesini, takut kena gilis pulak kalau takde siapa yang perasan.
Aku letak anak kucing kat sebelah steel dustbin tu. Nampak dia cuba hirup air hujan yang bertakung dekat tangga tu. Kesian, aku pun ke pantry office amik some cracker dengan air suam. Lahap tengok dia makan cracker time tu, kat sini terdetik hati nak bawak dia balik rumah. Walaupun tau konfirm kena bebel dengan mak. Haha
Since jam pun baru pukul 5, aku letak dia kat luar dulu dengan harapan anak kucing ni tunggu aku kat situ before aku habis office hour. Setiap 20 minit aku intai dia dari sini, memang dia tunggu aku. Pukul 6, time nak balik tengok dah hilang. Puas aku mencari sampai ke Inkubator 1, E4. Tapi tak jumpa. Sudahnya aku buat keputusan mungkin ada orang yang dah kutip dia. Yelah, keadaan anak kucing tu pun okay. Tiada cacat cela, sempurna tubuh badan. Eloklah kalau ada yang nak adopt dia. 
Pukul 8 malam, aku tengah melepak dengan Syah dekat area sini dan ready untuk balik. Tiba-tiba kami terdengar bunyi kucing. Aku pun amik flashlight dan cari sumber bunyi tu. Rupa-rupanya anak kucing tu menyorok bawah meja kopi. Yang peliknya dia nak dekat aku je, bila Syah nak pegang dia tak nak. So, aku minta Syah ambilkan kotak IPC yang berlambak dalam stor tu. Letak newspaper then malam tu jugak aku bawak dia balik ke rumah.
Siapa kucing tu? Dia lah Chico.

P/S: Kalau balik awal, hari pun tak gelap lagi memang aku akan melawat kubur dia kat dusun tu..:-(

2 comments:

  1. Kucing tu mati ke bro? Sebab ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mati dah. Time raya haji hari tu. Cause katanya keracunan makanan.

      Delete