Monday, September 25, 2017

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Krabi Walking Street

Assalamualaikum,

Bas membawa kami menuju ke De' Fish Seafood Restaurant yang terletak tak jauh dari hotel penginapan team Quatriz. Dah tu tak jauh kenapa nak naik bas? Haa, sebab malam tu bukan aktiviti free and easy. So, kami akan dibawa ke Krabi Town untuk merasakan sendiri suasana pasar malam minggu tu disana. This is where I spent most of my remaining 1500 THB sampai tinggal sekeping not 100 THB je. Huu
Dinner kali ni duduk dengan geng akak-akak je, sebab aku lambat turun bas. Takpelah, at least rasa disayangi sikit ada orang cedokkan nasi, tom yam. Kalau duduk dengan geng lagi semua hat first come first serve. Siapa lambat dapat tulang ikan je lah gamaknya. Haha
Menu kami malam tu macam biasalah. Ada Tom Yam Mixed Seafood, Chicken Thai Green Curry, Fish Cake, Deep Fried Fish with Soy Sauce, Stir Fried Thai Vermicelli with Prawn, Stir Fried Squid with Thai Curry dan juga signature deserts, Mango Sticky Rice.
I'm happy boy duduk dekat meja ni..:-p
8.30 PM - Tiba di Krabi Walking Street yang terletak berhampiran Maharaj Market. Aku pernah pergi sini dulu tapi tak shopping banyak pun. Kali ni memang dah set nak habiskan baki Baht yang ada. Plannya nak tinggalkan 500 THB untuk hari last kat sini.
Diorang ni dah macam belangkas aku tengok, kat mana ada Jaba, kat situ ada Ira. Huu
Pakai baju Newcastle lah. Baru FUN!
Tengah syok bershopping, tiba-tiba hujan. Haha. Skrip yang sama terpisah lagi dari kumpulan. Beli rain poncho then sambung merayau sorang-sorang sambil membeli belah. Pastu baru lah ternampak budak-budak ni lagi.
Singgah ngeteh dekat Abdullah Halal Food sementara tunggu yang lain. Since bas pun parking dekat sini, senang lah nak monitor.
Dah macam sniper pulak pakai ponco camni. Huhu
Pagi, petang, siang, malam hujan kat Krabi ni. Khun Matt kata tengah monsoon season sekarang. Buat pulak Krabi ni tepi pantai, memang menjadi-jadilah hujan dia.
Bas bergerak meninggalkan bandar sekitar jam 10 malam. Sampai hotel kami drop barang kat bilik then sambung merayau cari massage. Berdenyut siot kaki hari tu. Mana taknya, dari pagi sampai ke malam tak henti-henti berjalan. Ao Nang pun hujan lagi, so pondan pun tak keluar cari mangsa. Kantoi lah ake up cair. Haha
12 PM - Budak-budak perempuan ajak main game minda. Mula-mula ingat nak main kat area open pool, tapi takut buat bising sampai ganggu tetamu lain pulak. Sudahnya kami berlima-belas ni main dalam bilik diorang je. Seronok jugak game malam tu, tahu-tahu dah pukul 2 pagi. 

Balik bilik terus tidur, esoknya hari last kami di Krabi. Next entry - Exploring Thapom River! 

No comments:

Post a Comment