Assalamualaikum,
Thanks sudi klik next entry. Huhu. Okaylah, aktiviti kami yang pertama di Krabi ialah melawat Maharaj Market yang terletak di Maharat Road, center of Krabi Town.
Dibuka seawal jam 3 hingga 10 pagi, Maharaj Market is the heart of the Krabi. Ia menawarkan pelancong luar pengalaman dan suasana berada di pasar basah negara ini. Haa, kat Malaysia pun ada kot? Yelah, sekarang ni nak bagi korang rasa macam mana berjalan dekat wet market Thailand. Ada bahagian sayur, buah, hasil laut dan yang paling penting sekali, makanan tradisional orang Siam seperti Penkek Pisang, Sangkaya, Mango Sticky Rice dan sebagainya.
Sebenarnya untuk orang-orang muda macam kami ni takde benda sangat nak cari kat market ni. Sudahnya melilau cari port minum. Haha
Jalan punya jalan ternampak ada restoran halal - Abu Bak Food Corner yang terletak berhampiran Maharaj Market. Apa lagi, order Cha Ren satu! :-p
Destinasi kami yang kedua ialah Black Crab & Eagle Statues yang terletak di Uttarakit Road bersebelahan Sungai Krabi. Destinasi ni merupakan mercu tanda terkenal bagi bandar peranginan ini. Pokoknya, siapa yang datang Krabi tapi tak bergambar dengan tugu ni makanya tak complete lah! Sebelum bergambar ramai-ramai, better aku amik sorang-sorang dulu.
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan Quatriz. Almost 90% staf join trip kali ni, cuma 3 orang je tak dapat join atas masalah keluarga. Betul lah tu, family first. The rest comes later..:-)
Sakit siot terhantuk dekat ketam ni. Hidup rupanya natang ni! Haha
Nice picture shot by our tourist guide, Khun Matt. Memang pandai amik gambar bro ni. Selalunya tak jadi je, yang hat ni okay pulak.
Tanpa melengahkan masa, kami melawat destinasi ketiga iaitu Wat Tham Sua or Tiger Cave Temple. Bila datang sini serius aku tergelak sebab teringat insiden dengan Afiq time bercuti kat sini 2 tahun lepas. Asalnya nak cari Terminal Bas Krabi, jalan punya jalan sesat sampai kekuil ni. Memang sami-sami tu tengok kitorang kecik besar je time tu. Haha
Pukul 2 petang kami ke Ma-Ying Floating Restaurant yang terletak di muara Sungai Krabi. Nak pergi sana kena naik bot pancung.
Ni lah dia restoran terapung tu. Time ni tak hujan lagi, tengah sedap makan tiba-tiba hujan selebat alam. Memang bergoyang jugak restoran tu. Adventure gila! Haha
Menu tengahari pertama kami disini memang padu. Ada Thick Curry Fish, Tom Yam Pia, Indian Curry Prawn, Stir Fried Mixed Vegetable, Spicy Thai Crispy Meat, Stir Thai Fried Prawn, Omelette's-Prawn Minced dan seasonal fruit. Tapi memang pelik, kenapa orang Siam yang open restoran kat Malaysia tak boleh nak buat sepadu macam kat Thailand ni eh? Aneh bangatt.
No comments:
Post a Comment