Saturday, September 2, 2017

Kisah AKU n Rest In Peace, Chico

Assalamualaikum,

Entri ni didedikasikan kepada my favourite kitten, Chico yang baru sahaja pergi meninggalkan dunia ni. Untuk sesiapa yang nak tau cerita, sila klik link ni. To be brief, aku jumpa Chico ni time dia kecik lagi dekat area pejabat aku di TPM Bukit Jalil. Malam tu jugak aku bawa dia balik rumah dan kami jaga dia kat sini dalam 2 minggu before hantar dia ke rumah abang ipar di Melaka.
Seekor kucing yang manja. Asal dia nampak kita duduk, mesti nak lepak atas riba. Bukan setakat lepak, kadang-kadang sampai tertidur kat situ sekali. Mungkin dia suka suhu kat situ kot. Huu. Ada sekali tu nak dekat sejam aku duduk tak bergerak sebab takut dia terjaga.
1 Ogos - kami sebulat suara hantar dia ke Asahan, Melaka sebab kat sana abang ipar aku ada bela 3-4 ekor kucing lagi. Eloklah buat kawan Chico since kat sini dia asyik main dengan bola, tisu je. Since esoknya aku kerja dan tak dapat join diorang kesana, malam last tu aku spend time lama dengan dia sampai tertidur kat dapur. Kali terakhir aku tengok dia melalui sliding door dapur tu, aku tak dapat tahan dah, dalam tak sedar air mata aku ni menitis.
Mak selalu share gambar Chico time dia kat sana. Ni gambar dengan Comel. Kucing paling senior kat situ tapi selalu merayau. Kaler pun lebih kurang sama.
Haa, ni pulak dengan bestfriend dia - Chita. Kaler dengan badan pun lebih kurang jugak. Sampai aku pun tak cam mana satu Chico.
Tengok gemuknya Chico time tu..:-)
Memang aku pun yakin hantar dia kesana is a good move lah. Nampak dia happy main dengan geng sejenis. Ye lah, aku kat sini pun pagi dah pergi kerja, sampai rumah dah malam. 
Yang kucing garang kaler putih tu pulak Combi. Antara kucing senior jugak kat rumah abang ipar aku tu. 19 Ogos tu memang aku ada bercadang nak ke Melaka, tapi ada program pulak dengan bos kat Shah Alam. So, tertangguh lah plan nak melawat kucing-kucing ni.
Tapi tu lah, langit tak selalunya cerah. Abang ipar aku informed kesihatan Chico merosot lepas Chita hilang dari rumah. Yelah, diorang kan kawan baik. Chico dah start jadi murung, makan pun tak nak. Orang tua kata kalau kucing lari dari rumah tu maksudnya dia nak mati dah. Sampai sekarang pun kami tak tau nasib si Chita tu.
Bro Syazwan ada ikhtiar jugak cari kucing jalanan nak jadi teman Chico kat sana. Roy namanya. Tapi sayang tak sampai seminggu dah mati kena keracunan makanan. 
31 Ogos, Along pulang beraya kat Rawang bawa balik sekali Chico yang dah tenat. Maybe diorang tahu yang Chico nak jumpa aku buat kali terakhir. Kali pertama aku tengok memang kurus sangat dia. Even waktu first aku kutip dia pun tak sekurus macam ni. Vet kat sana kata Chico keracunan makanan. Nafas dia memang cepat turun naik. Aku sedih sangat. Menangis aku tengok dia macam tu. Buat pulak mata dia tengok aku sayu je. Aku bagi dia makan ubat dan dia tidur. Time solat aku berdoa kepada Allah agar sembuhkan penyakit dan panjangkan umur si kecik ni. Aku siap berdoa lagi kalau Dia tak nak dengar doa aku yang pasal jodoh, kerja semua tu, at least dengarlah doa yang ni. Sampai macam tu sekali sayang aku dekat Chico ni walaupun aku jarang ada dengan dia.
Pukul 6 - Aku turun bawah tengok Chico. Peluk dia, memang jelas nampak mata dia bergenang sambil mengiau lemah. Beberapa saat lepas tu aku perasan mata dia tak berkedip, takde nafas keluar dari hidung. Aku pegang perut dia, takde turun naik dah. Aku sedar Chico dah tiada. Betul lah dia memang nak jumpa aku, orang yang selamatkan dia sebelum mati. Macam Syazwan cakap, kalau dia nak mati. Dalam kereta tadi pun boleh. Tapi dia tahan jugak, sebab dia nak tengok aku buat kali terakhir. Aku menangis. Jujur, aku tak pernah tumpahkan air mata sebanyak tu seumur hidup aku. Aku cium Chico dan letakkan dia semula dalam bakul tu. Bila panggil mak, mak pun turut menangis sebab kat Melaka diorang memang rapat. Tengok mak menangis, aku pun apa lagi. Sambung nangis lah. Tewas jugak air mata jantan aku petang tu. Kami sempurnakan Chico sebelum Maghrib dan tanam berhampiran dusun Ayah depan rumah.
Ni time mak bagitau Along yang Chico dah takde. Diorang pergi Parkson beli barang baby kat sana. 
Terima kasih Chico, sebab hadir dan ajar aku erti kasih sayang diantara manusia dan haiwan. Walaupun sekejap, tapi sebab tangan ni yang selamatkan kau. Wujud ikatan kuat diantara kita yang takkan pernah aku lupa. At the end, tangan ni juga yang memangku jasad kau yang setia menunggu aku hingga saat terakhir. Kalau kau jumpa family, kawan-kawan kau kat syurga sana, jangan lupa aku ye sayang. 
I'll always love you. Rest in peace, Chico. 

P/S: Pasni aku dah tak nak bela kucing dah. Bila dah terlampau sayang ni lah jadinya. Elok tengok video kucing je kat FB.

2 comments:

  1. Tumpang sedih gak.
    Kisah saya pun hampir sama. Ada kitten yg tibe2 muncul dlm hidup. Pun kitten terbiar. Hadir jadi penyeri sekejap je. Malam sebelum dia pergi tu lama gak saya main2 dgn dia. Perasan time tu dia mcm demam. Lepas bagi makan ubat terus dia ngantuk n tido.
    Esok pagi masa nk gerak dari KL balik Rembau (keje kat sana), dia terjaga. Sempat usap2 dia. Tu lah kali terakhir nmpk dia.
    Mlm tu time maghrib mama tepon cakap kitten tu yg diberi nama Chika dah x de. Ingatkan sbb demam tu rupenye sbb kene langgar motor. Sedih sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena langgar motor? Kesiannya. Nama pun lebih kurang sama dengan kucing saya. Kucing ni biasanya tahu bila diorang nak pergi, kadang-kadang diorang lari dari rumah sebab tak nak owner sedih, ada pulak yang nak tengok owner buat kali terakhir. :-(

      Delete