Sunday, October 21, 2018

Kisah AKU n Bachelor Trip @ Krabi - Phuket's Time!

Assalamualaikum,

Okay, hari ni letih. Letih atas jalan. Haha. Seperti yang dirancang semalam, today kami decided untuk push north to Phuket. Sebuah lagi bandar peranginan yang terkenal dekat Thailand. Entri malam ni will cover the whole activities untuk hari kedua kami kat negara Gajah Putih ni.
We all bergerak meninggalkan Krabi sekitar jam 10.30 pagi. Another 170km perjalanan menanti kami before sampai ke Phuket. Kira-kira 3 jam perjalanan jugak tu. Pfft
Memasuki Patong City sekitar jam 1.30 petang. Muka bengkek je. Haha
Bersiar-siar di sekitar Patong. Cuaca memang terik hari tu. Topi aku pulak terkena teh tarik malam semalam, dok keringkan kat hotel je.
Tak dapat pergi shooting range, kat sini pun jadilah. Huu. With only 100 Baht, boleh lah rasa menembak pakai Colt ni. Ini Pistol betul tau, cuma dia re-fabricate jadi Air Gun..:-)
Of course, memang banyak kedai jual souvenir kat sini. Cuma kena pandai cari yang murah je. And one more thing, kita ni pulak mestilah tahu haggling. Kalau tak memang kena lauklah dengan penjual kat sini..:-)
Brader ni dari tiga tahun lepas dok mencari jersi Buriram United. Haha
Bangla Road ni if you can remember, a great place of sin - semua jenis dosa ada kat sini. Huu. Dia punya nightlife. Masha'Allah. Teruk benor beb, patutlah kena badai Tsunami tahun 2004 dulu. Aku pernah tengok dengan mata aku kedahsyatan suasana malam kat sana.
Ternyata, Bangla Road time siang lagi sihat daripada malam. No stripper, no pondan, no drunkard, no judi. Pendek kata, memang tenang lah lalu sini tadi.
Banglaman at Bangla Road. Haha, gurau bro..:-p
To The Beach!
This is Hat Patong or Patong Beach. Kaw-kaw kena hentam Tsunami dulu, tapi cepat jugak bandar ni recover.
Bergambar kenangan before bergerak pulang menuju ke Krabi. Memang terik gila, habis burnt aku tadi. Jaga sikit Farid, awak tu lagi tiga minggu je nak naik pelamin ni..:-p
On the way nak balik singgah Patong City Sign. Kalau datang sini singgahlah, amik gambar buat kenangan.
Sekitar jam 5 petang, kami bergerak pulang menuju ke Krabi. Sampai around 8 malam tak silap aku since hujan agak lebat tadi. So, Afiq tak boleh nak speeding sangat..:-)
Singgah Maghrib dan Isyak di Masjid Ao Nang Al-Munawarah before meneruskan aktiviti malam kami disini.
Haa, baru boleh strolling a lively and vibrant Ao Nang Beach. Banyak kedai bukak, orang pun ramai lagi. Tapi tak seramai time New Year yang aku pergi beberapa tahun lepas. Nak jalan pun berlaga bahu.
Dah sampai sini pun tak habis-habis dengan henset. Aku campak sorang-sorang masuk Laut Andaman karang baru tau. Haha
Kat sini aku shopping sikit sebab dah ternampak baju baby. Boleh lah beli untuk si Mikail tu..:-)
Had our late dinner at Lobster Restaurant. Tapi tak makan lobster pun, huu. Nasi jugak yang dicari. Tekak Melayu. Haha
Macam biasa lepak kat pool dulu before masuk tidur..:-)

That's the wrap untuk entri hari kedua aku di Thailand. A very rushed trip we had here. Kalau perasan unlike percutian kami tiga tahun lepas, kali ni kami kurang sikit buat aktiviti laut, pantai, hutan etc macam dulu. Sebab apa? Sebab aktiviti banyak dalam kereta! Huu

P/S: Seronok betul bila off WhatsApp nombor Maxis aku ni. Sunyi je takde gangguan. Tapi confirmed beratus mesej masuk nanti..:-p

No comments:

Post a Comment