Okay, petang ni nak cerita sikit bachelor trip yang rakan-rakan UiTM aku organized to celebrate zaman bujang aku yang nak berakhir ni. Huu. Tapi, nama je bachelor trip tau. Takde pun aktiviti-aktiviti pelik yang kami buat sepanjang dua hari ni. As usual, let's start dengan cerita office dulu.
After 2 tahun setengah berkhidmat dalam Business Development Department disini, minggu lepas aku telahpun dipindahkan secara permanent ke RFID Fitment Center Operation Division. Since operasi Fitment Center kami semakin expanding time by time, a new division was being created to support it's daily operation. Seiring dengan pertukaran role dan jawatan, aku jugak dipindahkan dari HQ MTD Batu Caves ke HQ Fitment Center yang terletak di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Ni lah meja baru aku. Huu
Lagi menambah gembira, kawan baik aku si Afiq ni pun dah memulakan tugas as a Fitment Center Supervisor kat sini. Ingat bro time lunch jangan berjam-jam pulak kita lepak nanti, lepas office hour no problem. Haha
Petang Jumaat tu sekitar jam 7.30 petang, aku bergerak dari TPM ke Shah Alam. Aku planned untuk memulakan perjalanan ke Melaka lepas Isyak. Aku sampai ngam-ngam masuk waktu. Tumpang mandi, solat then around 9 malam kami berempat terus memandu menuju ke Melaka.
Trafik tak berapa jem, tapi jumlah kenderaan atas jalan quite banyak jugak. Ditambah pulak dengan hujan sepanjang jalan, kami akhirnya tiba di destinasi sekitar jam 11.15 malam.
Kami memilih untuk menginap di SWM Capsule Hotel yang terletak di Kota Laksamana, Melaka. Mula-mula aku ingat SWM ni Star Wars Motel, sebab tengok dalam gambar macam escape pod Star Destroyer. Huu. Rupa-rupanya Stay-With-Me Hotel.
Kalau tengok dalam Booking.com, check in sampai jam 11 malam je. Nasib baik kami dah kawtim siap-siap. Kalau tak berkicaplah nak mencari hotel lain.Main buai sementara tunggu kapsul ready. Huu
Ni lah mastermind bachelor trip aku, Joe dalam bilik kapsul dia..:-)
Abandon Ship! Abandon Ship! All personnel evacuate to the nearest escape pod!
Capsule aku, boekk kan? Satu capsule boleh memuatkan sorang je. So, kalau korang ada empat orang, kena book empat capsule lah..:-)
Lepas check in, we went to had our late dinner dekat Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant. Si Yat ni dah buat research port makan yang kitorang kena try kat area Melaka ni. So, Pak Putra ni one of the list jugaklah.
Pekena Garlic Naan Cheese with Chicken Tandoori. Memang kenyang gila! Berbaloi lah RM 12..:-)
Lepas makan, kami merayau malam dekat Bandar Melaka. Ingat nak pergi Jonker Walk, rupa-rupanya dah tutup. Mana taknya, dah pukul 2 pagi baru nak merayau..:-p
Nasib baiklah kawasan historical site ni boleh masuk lagi. Tapi memang kitorang je lah yang syok bergambar pun. Ada pulak orang nak datang sini pagi-pagi buta?
Bergambar dihadapan Fortaleza A' Famosa. First time aku datang sini time malam. Kot lah ada hantu Portugis nak tumpang bergambar ke. Hii
Just 200m berhampiran A'Famosa, ada kawasan yang menempatkan replika-replika kenderaan zaman Pre-Independence dulu.
Yat dah macam model malam tu. Haha
Joe dihadapan replika Flor De La Mar, flagship untuk Viceroy Alfonso De Albuquerque yang karam di Selat Melaka, shortly after the Fall of Malacca. Tapi dalam gambar ni tak jelas sangat replika tu, maklumlah henset biasa-biasa je. Huu. Sekitar jam 3 pagi, kami menamatkan aktiviti hari pertama kami di Melaka dan pulang ke hotel.
Mat malam. Tido dulu. Huu
Okay, nak tau apa pulak kitorang buat untuk hari kedua kat bumi Hang Tuah ni? Sila nantikan entri kedua ya!
No comments:
Post a Comment