Wednesday, October 31, 2018

Kisah AKU n The 10th Malaysian Road Conference & Exhibition @ SPCC

Assalamualaikum,

Entri kedua untuk malam ni nampaknya. Selagi tak ngantuk ni, kita taip mana yang boleh. Okay, this time aku nak story sikit pengalaman join sebuah exhibition yang dianjurkan secara kerjasama oleh Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan juga Road Engineer Association Malaysia (REAM). The 10th Malaysian Road Conference & Exhibition ni disertai oleh ratusan syarikat yang related to road dan highway, be it in safety, manufacturing, system integrator dan sebagainya.
Apa-apapun kita start dengan cerita sehari sebelum event, hari Ahad tu aku kerja. Biasalah dah transfer ke department lain pun still kena attend BD punya duty since belum ada replacement untuk post yang aku tinggalkan tu. Kali ni nak menyiapkan tender SKVE pulak. Sibuk sangat nak masuk kan? Pukul 2 pagi jugak aku wrap document yang berkaitan. Si Zaaba pun kerja malam tu buat tag production, dia lah yang snap gambar ni. Haha. Siot je..:-p
Isnin - seawal jam 6.45 pagi aku dah bergerak dari TPM ke venue event yang terletak di Sunway Pyramid Convention Center. Since datang awal, aku parking betul-betul tepi entrance. Haha
Untuk exhibition ni, Quatriz tak bukak booth sendiri. In fact, kami just tumpang our sister company, ACP-DMT Sdn Bhd. Yelah, since tema event berkenaan road safety memang elok sangat ACP yang lead sebab produk diorang berkait dengan keselamatan di jalan dan lebuhraya. Apa-apapun we decided to name our booth as MTD Group to honor our parent company..:-)
Walaupun takde kaitan dengan safety, Quatriz still nak promote our RFID Fitment Center ni. Ada lah bawak sample RFID Tag dan RFID Scanner untuk tatapan public. Siap buat reading demo lagi tau. Haha
Lengkap bertali leher putih, serta blazer hitam digayakan dengan MTD Group cufflink bagi menonjolkan imej korporat. Dah lama tak dress camni. Huu
Sekitar jam 9 pagi, pengunjung yang terdiri daripada delegation  syarikat dalam dan luar negara mula memenuhi kawasan exhibition.
Staf-staf MTD dari anak-anak syarikat yang lain pun ada datang melawat booth semalam. Mereka terdiri dari delegasi ANIH Berhad, Alloy Toll Management, Alloy Maintenance, Terratech dan sudah tentunya Corporate Communication Division.
Big Boss ACP-DMT, Haji Bakar entertaining potential client yang interested dengan produk inovatif kami..:-)
Ketua Pengarah LLM, Dato Sr. Aziz Abdullah melawat booth MTD Group diiringi oleh CEO ANIH Berhad, Dato Nik Fauzi dan juga Executive Director Quatriz System, Pn. Noorzihan.
Kunjungan dan penyampaian plaque penghargaan dari Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian kepada wakil MTD Group, Dato Nik Fauzi.
Nak tau apa yang YB tulis - "All the best for RFID" . Haha. Dah dapat blessing ke apa ni? :-p
Sesi petang takde benda sangat. Tapi, surprisingly walaupun takde kaitan dengan event. Memang ramai jugak yang bertanya pasal RFID kami ni. Yang mintak register dalam whitelist pun ada tau. Yang request tu pulak bukan calang-calang orang. Haha
Fuuh, boleh tahan penat sebab banyak berdiri kan. Aku rasa last jaga booth lima tahun lepas rasanya. Time tu kena jaga booth FSPPP di Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.
Sekitar jam 6 petang, exhibition untuk hari pertama berakhir dengan jayanya. Untuk hari kedua dan ketiga aku tak dapat join atas kekangan kerja. Maklumlah, Izuwan pun belum balik Malaysia. Banyak lagi kerja pending yang nak disettlekan. Nak mengejar launching November pulak. Sekitar jam 7 petang aku selamat tiba dirumah. Ingat nak exit Subang je, tengok merata jem. Last-last lalu Guthrie, tahu-tahu dah tembus Rawang Selatan. Haha

No comments:

Post a Comment