Sunday, November 4, 2018

Kisah AKU n Last Karok Bujang!

Assalamualaikum,

Malam ni nak cerita sikit aktiviti yang aku buat bagi minggu terakhir bergelar orang bujang ni.
Seawal jam 8.30 malam, aku dan Afiq ke Shah Alam nak jumpa si Dolah. As planned last week, kami plan nak karok kat sini. Dolah kata ada port baik..:-)
Ni lah tempatnya - IRDKL Mall @ Padang Jawa. Ingatkan kat mana lah, kalau kat sini aku pun pernah karok dulu. Haha
Tapi kat sini nice lah. Memang perfect untuk jadi penutup since karaoke session semalam merupakan yang terakhir untuk aku bersama mereka before menuju ke alam rumah tangga minggu depan. Sobs
Tiga jam lah jugak semalam. Memang habis melenjan betul.
Sedikit throwback, aku start karok dengan diorang ni since Oktober 2014. Dari situ, ianya dah jadi antara rutin bulanan kami. Boleh klik link ni untuk our first karok story four years ago.
Even baju yang aku pakai semalam pun, merupakan baju yang aku pakai time first karok dulu. Empat tahun beb! Still muat lagi. Haha
Pasni bila lagi nak tengok brader-brader ni pilih lagu. Huhu
Since semalam tiga jam, jam yang pertama aku throwback lagu waktu first karok dulu. Ingat lagi beb. Spring, Anuar Zain, Hafiz Hamidun. Haha
Isabella98 sebagai penutup. Lagu wajib karok kami bertiga..:-)
Around 1.30 pagi, singgah pekena Nasi Kandar kat Pelita dulu. Menyembang lah plan next week. Eh, nak plan apa lagi? Minggu depan aku nak jadi laki orang dah. Haha. Sampai rumah sekitar jam tiga pagi, memang terus tidur since esoknya nak bangun awal. Ada kerja sikit kat site.
Seperti yang dijanjikan kepada team Fitment Center Plaza Tol Loke Yew BESRAYA atas kecemerlangan mereka. Pagi tadi aku monitor replacement untuk their existing canopy kepada cabin office yang lagi selesa.
Selain aku, Izuwan our Fitment Center Manager pun datang jugak. Baguskan management baru ni, semua turun padang. Huhu.
Nak jugak ada gambar sikit. Hii
Okay lah ni kot, ada aircond lagi. Esok pagi korang setup lah sendiri eh..:-)
Sekitar jam 11.30, cabin office kami berjaya disiapkan. Diharap dengan adanya kemudahan ni, staf kami akan bekerja dengan lebih mantap lagi.

Okaylah, that's the wrap untuk entri malam ni. A very memorable event untuk aku bersama Afiq dan Dolah. Bayangkan almost 4 tahun spend time dengan diorang. Pergi trip, karok, movie, lepak sama-sama. In less than a week, things will never be the same again. Seronok dapat spend masa bujang aku dengan korang. You guys are the best i had..:-)

P/S: Sumpah sebak time nyanyi lagu Sahabat Sejati semalam. Rasa cam nak nangis, tapi control tahan. Huhu

No comments:

Post a Comment