Assalamualaikum,
Hari kedua kami kat Cherating bermula dengan hujan renyai yang menambah dingin dipagi hari.
Sarapan pagi di Beach Restaurant.
Take a walk di Pantai yang terletak di compound Resort. Elok je masuk bilik, hujan lebat sekali lagi menyirami Cherating.
Sekitar jam 1 petang, kami berdua keluar exploring pekan peranginan ni. Cherating ni sebenarnya tak besar pun compared to pantai peranginan lain yang ada kat Malaysia ni. Tempat tarikan yang ada pun tak lah banyak mana, dan juga semuanya dekat-dekat je..:-)
Destinasi pertama yang kami nak lawat ialah Cherating Turtle Sanctuary. Tapi tutup pulak since Maulidur Rasul. Dapat snap gambar depan ni pun jadilah.
Quite frustrated tak dapat tengok penyu, kami meneruskan aktiviti petang kami di Limbong Art.
Ianya merupakan salah satu tempat tarikan yang wajib dikunjungi bila dah sampai kat Cherating ni.
Limbong Art menempatkan produk-produk batik dari hasil mencanting yang dibuat oleh pakar-pakar seni canting ini. Produk seperti kain, baju boleh didapati dengan harga yang berpatutan
Alang-alang dah sampai beli lah sepasang dua baju buat kenangan.
Bukan main happy mem kita ni..:-)
Lepas tu ke Cherating Lama pulak sementara menunggu jam 4, kat sini kami meluangkan masa bershopping. Ada beberapa kedai yang menjual barang-barang kraf, baju dan sebagainya dengan harga yang affordable.
Yeay, dapat topi satu. Huhu
Sekitar jam 4 petang, kami berdua menuju ke Hafiz Water Activities yang terletak tak jauh dari lokasi kami.
Kat sini kami join aktiviti menyusuri Sungai Cherating yang kaya dengan flora dan fauna. Sedikit info tentang Mangrove River Cruise ni. Mengambil masa hampir sejam setengah, kita akan dibawa menyusuri Sungai Cherating yang dipenuhi dengan pokok bakau. Entrance bagi seorang dikenakan RM35.
Huu. Mamat poyo beraksi lagi. Kali ni dengan spek hitam pulak.
Selfie seround bersama cinta hati..:-)
Perkampungan nelayan di Cherating.
Fokus betul mem ni. Haha
Disamping dapat melihat keindahan paya bakau sungai ini, kita juga berpeluang untuk mendekati fauna yang hidup disekitar kawasan ini seperti ular, monyet, ketam, ikan-ikan, biawak dan banyak lagi.
Memang enjoy, buat pulak cuaca redup ditambah pula dengan bayu yang bertiup nyaman. Ternyata menambah lagi suasana ketenangan yang ada kat sini.
Sekitar jam 6 petang kami melawat the nearest kedai perusahaan makanan laut dekat sini. Nak cari keropok lekor buat bawak balik Rawang.
Bagi wife je lah pilih, cik abang ni tahu makan je. Huu.
Berbondong jugak plastik beg hari tu. Maklumlah, bukan selalu datang sini. Tapi serius lekor rebus dia padu. Dah lah time tu kebulur, sampai dua biji aku makan..:-p
Jam 7 petang kami singgah early dinner di Restoran Sri Rampai, yang terletak tak jauh dari stesyen minyak Petronas.
Nak order apa eh? Order semua boleh tak, lapar ni. Huhu
Nyum-nyum sedapnya. Menu dinner kami malam tu ialah Ikan Tombak Masak 3 Rasa, Kangkung Belacan, Tom Yam Daging. Time menaip ni lapar pulak rasanya..:-p
Sampai hotel nak dekat jam 8 jugak.
Malam tak buat apa pun. Ingat nak karok kat hotel. Tapi fully booked pulak, sudahnya lepak kat bilik tengok TV je sambil pekena Nescafe panas.
So guys, itu sahajalah entri bagi hari kedua kami di Cherating ni. Tak banyak sangat aktiviti, but truly a very nice experience ditempat orang. Good people, nice foods and excellent crafts & arts..:-)
No comments:
Post a Comment