Monday, November 12, 2018

Kisah AKU n Farid & Ija Solemnization @ Serkam

Asalamualaikum,

Maaflah kelewatan sikit update one of the most important entry dalam blog aku ni. Maklumlah, banyak benda nak diuruskan, plus aku pulak terus masuk kerja tadi. Semalam ingat lepas balik rumah nak update tapi boleh tahan lemau jugaklah after menempuh lima jam perjalanan dari Melaka back to Rawang. Okay, malam ni nak cerita sikit hari aku menjadi suami bagi si Ija ni. Huu
Apa-apapun let's start dengan cerita dipejabat minggu lepas. Quite busy dengan preparation untuk ORT for next FC launching. Ada jugak kena attend dua session tender briefing di KL dan Putrajaya respectively.
Malam Khamis tu aku tidur office untuk langkah penjimatan minyak dan tol. Hopefully, this one yang last lah aku tidur beralaskan tilam kotak HP ni. Hii
Hari Jumaat, around jam 4 petang. Aku bergerak dari ofis TPM ke Nilai untuk pick up Opah dan Iman yang bermalam kat rumah Acu Nani. Kami sampai Serkam dalam jam 8 malam jugak. Untuk event disini, kami sekeluarga menginap di Pak Long Homestay, just 3km from rumah family Ija.
Membuat gubahan dulang hantaran untuk keluarga pihak perempuan. Mikail pun sibuk nak tolong hari besar pakcik dia ni. Huu
Pagi 10 November 2018, aku bangun dari tidur yang agak lena. Agak pelik kata mak, katanya kalau orang nak akad nikah. Malam tu confirmed tidur tak lena. Aku pulak macam buat takde apa. Haha
Snap gambar sambil practice senyum dulu before bergerak kerumah pengantin perempuan..:-)
Jam 10.30 pagi, upacara akad nikah dimulakan dengan Khutbah Nikah oleh Tok Kadi, disusuli dengan beberapa soalan-soalan wajib dari jurunikah..:-)
"Aku terima nikah Siti Khadijah Bt. Ahmad dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai". Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi suami kepada Ija diwalikan bapanya, Tn. Hj Ahmad
Bacaan Taklik oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan bersaksikan hadirin yang datang menyaksikan detik bersejarah aku ni.
Upacara membatalkan wudhuk dan penyerahan Mas Kahwin diatas pelamin serba putih yang dipenuhi bunga yang menambahkan seri pengantin baru kami ni. Hii
Hai, cik isteri. Halal jugak kita kan?
Sedikit gambar snapped by rakan sepejabat Ija. Cantik gambar ni, eloklah buat frame sementara nak menunggu gambar lan dari photographer kami hari tu..:-)
Bergambar kenangan bersama keluarga mertua. Gambar dengan family sendiri takde pulak. Macam manalah boleh terlepas. Haishh..:-(
Petang ikut photographer pergi photoshoot dekat The Riviera @ Pulau Melaka. Ni antara gambar yang diorang dah WhatsApp, selebihnya kena tunggu album nantilah. Huu
Habis around jam 6 petang, aku dan isteri singgah homestay family dulu ambil beberapa barang yang tertinggal
Banyak jugak hadiah kahwin yang kami dapat Sabtu lepas. Penuh seat belakang Myvi aku nak sumbat kotak-kotak ni balik ke Rawang.
Hehe..:-p
Ahad - seawal jam 5.30 pagi lagi aku dah bangun pagi tu. Pastu sambung tidur sekejap. Mengait buah mangga sebagai buah tangan untuk family aku yang terlebih dahulu balik pagi tu.
Sekitar jam 3 petang, aku dan Ija meminta izin mak ayah untuk pulang ke Rawang. Maklumlah, both of us bekerja hari ni. Tu yang kena balik jugak, untuk for you guys punya info. Aku hanya start bercuti after majlis di Rawang selesai. Minggu ni full lima hari bekerja lagi.
Hujan lebat bermula dari Senawang sampailah ke Sungai Buaya. Ditambah pulak dengan accident di beberapa tempat sekitar lebuhraya PLUS. Sudahnya nak dekat jam 8 malam barulah kami sampai rumah.
Home sweet home..:-)
Upacara bukak kotak hadiah pulak. Huu. Banyak dapat set glassware dan barang memasak. Terima kasih kepada korang yang bagi ni tau. Semoga Allah murahkan rezeki. Amin In Sha Allah.
Menunaikan solat jemaah buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Macam jawapan aku time akad tu lah, tugas suami untuk mebimbing keluarga kearah keluarga sakinah. Hii (main jawab je apa yang terlintas. Haha)

Itu sahaja cerita entri malam ni. Sebuah entri yang akan aku kenang sampai bila-bila dimana telah berakhirnya zaman bujang En. Farid ni. Dan juga bermulalah sebuah episod baru dalam hidup aku untuk menggalas tanggungjawab yang lebih berat dalam menjadi suami yang soleh kepada isteri dan juga kepada anak-anak kelak. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle earned theri back to back win after defeating Bournemouth. 2 goals from our No. 9 Rondon!

No comments:

Post a Comment