Monday, November 19, 2018

Kisah AKU n Farid & Ija Solemnization @ Rawang

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak berkongsi sikit cerita majlis persandingan aku yang telah selamat berlangsung di Rawang pada Sabtu yang lepas.
Cerita dipejabat dulu lah, petang Jumaat tu nak dekat jam 7 petang jugak aku keluar dari ofis atas lambakan kerja yang menimbun. Amik adik kat Nilai dulu before menuju pulang ke Rawang. Sampai rumah jam 9.30 malam hari tu..:-(
Seperti yang dirancang, aku dan isteri menginap di banglo Orange Homestay ni as a part of our wedding package. Family mertua pun bermalam kat sini jugak..:-)
Sekitar jam 11.30 pagi, kami berdua siap dimakeupkan oleh MUA yang disediakan oleh Eskay Boutique. Aku takde make up apa pun. Ada lah touch up sikit. Huu
Sekitar jam 12.30 tengahari, kami dibawa ke venue majlis yang terletak di Dewan Banquet Udaimatunnur, Bukit Sentosa. Aku diapit oleh Bro Yat yang sanggup turun dari Shah Alam untuk meraikan hari penting aku ni..:-)
Upacara Makan Beradab. Abaikan muka tu, sebenarnya tengah mengunyah ayam time diorang snap gambar ni. Ooh, by the way. Gambar-gambar dalam entri ni mostly dicedok dari sosial media. Maaflah kalau kurang clear..:-)
Bos Nizam, Quatriz CTO antara yang terawal hadir ke majlis hari tu. Thank you boss!
Upacara memotong Kek oleh pasangan mempelai yang diraikan. Apa kekoknya body posture aku tu. Haha
Sesi bergambar bersama keluarga. Yang pertama mestilah bersama family yang tercinta yang sedondon menggayakan persalinan bewarna hijau..:-)
With family Along. Haha. Kiut je Mikail pakai baju Melayu Johor..:-p
Bergambar bersama rombongan keluarga mertua yang datang dari Melaka. Terima kasih semua!
Rakan-rakan UiTM yang sudi datang memeriahkan majlis. Gambar atas - Geng Brotherhood Shah Alam with exception Helmy dan Pok Jad. Gambar bawah - Gang Penyet Deq. Dari kiri: Paan, Chey, Ijat dan Syawal. Yang takde gambar including Husny, Khaliq dan pasangan. Thank you guys sudi datang..:-)
Hah, ni pulak kawan-kawan dari Quatriz System. Dari kanan - Jaba, Kerol, Rizal, Nik, Nad, Ima, Ira, Ajim, Arep dan Syah. Yang takde gambar or belum dapat - Kak Shikin, Kak Amy, Saukani, Helmi, Izuwan dan family, serta Shima dan pasangan, Bad..:-)
Haa.. ni pulak geng-geng sekolah dulu. Terharu beb si Afiq tu lari sekejap walaupun tengah bekerja. Dari kiri - Dolah, Afiq, Epul dan Amir (bersama wife) Ada jugak beberapa rakan sekolah yang meluangkan masa hadir majlis tapi tak sempat share gambar antaranya Ubai, Azran, Fiqa, Mazidah dan tentunya, Ahmed Dan Sufi..:-)
Sekitar jam 3.30 petang, aku dan Ija meninggalkan dewan untuk sesi outdoor photoshoot di Anggun City, Rawang. Ni gambar after done the session. Huu
Malam pulak acara membuka hadiah kahwin yang diberi tetamu yang hadir. Seperti yang dijangka memang berkotak jugak glassware yang kami dapat. Tu yang cakap kat wife, jangan pakai semua dulu, kot ada kawan kahwin kita wrap je balik. Hii
Hmm, hari tu kami bermalam di rumah Ayah. Mak pun dah sediakan bilik pengantin, memang kena jugaklah tidur sini semalam.. 

Yup, that's the wrap untuk cerita hari persandingan aku. Memang a very memorable day yang akanku ingat sampai bila-bila. Kepada tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis, terima kasih saya dan isteri, serta family ucapkan. Doakan ikatan pernikahan yang dibina ini kekal hingga keakhir hayat kami, serta dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Okay nak tido, esok nak drive jauh ni..:-)

No comments:

Post a Comment