Saturday, October 20, 2018

Kisah AKU n Bachelor Trip @ Krabi - Krabi's Nightlife

Assalamualaikum,

Fuhh, dua entri hari pertama eh? Bersambung lagi kita dalam my diari travelogue ke Thailand. Untuk entri kali ni aku nak berkongsi aktiviti malam yang kami spend dekat Krabi ni.
Destinasi pertama kami untuk malam pertama disini ialah Krabi Waterfront yang terletak di Uttakit Road. Kebetulan ada event Bienalle kat sini. Sempatlah tengok karya seni yang dipamerkan sepanjang waterfront tu.
Ni antara tourist attraction yang wajib lah untuk sesiapa yang melawat Krabi. The famous Eagle Statue of Krabi Province.
Patung ketam ni confirmlah kena ada. Tak pergi Krabi lah, kalau tak amik gambar dengan crab ni. Huu
Diorang ni sempat activate International Account, aku tak sempat. Tu yang boleh withdraw duit kat CIMB Thai ni. Tapi takpelah, cash pun banyak. Buat apa nak keluar duit. Huu
Cuaca hujan tadi sedikit pun tak membataskan pergerakan kami. Without due haste, kami berjalan ke destinasi seterusnya iaitu Krabi Night Market di Krabi Town.
Kat sini ada tersedia banyak stall yang jual makanan, kraftangan, kain dsb.
Huu. Hujan punya pasal. Topi pulak tak bawak. Nak beli rain poncho macam tak berbaloi. So, amik tuala good morning balut kat kepala jadi topi. Huu
Si Afiq ni tak habis-habis dengan telur burung puyuh. Beli sampai 15 bijik. Haha
Makan malam di Abdullah Halal Food yang terletak berhampiran Krabi Night Market.
Destinasi kami lepas tu ialah Ao Nang Beach. Tapi sebab sampai pun quite lewat. Banyak kedai dah tutup. Kira nak berjalan pun dah takde apa sangat kecuali Krabi Centerpoint tu. 
Uisshh, Krungsri Bank. Bekas client aku dulu ni. Ingat lagi diorang hantar 4 orang untuk event Consumer Banking Conference. Event where I earned my seniority..:-)
Tak buat apa sangat. Cari 7E beli Nescafe pastu lepak menyembang tepi pantai. Tak sampai sejam then balik hotel. Huu
Sampai hotel ada dengar suara awek-awek kat pool. Tu yang aku dengan Afiq terus kesana. Haha. Sampai-sampai tengok takde siapa pun. But what the hell, mandi je lah. Nak dekat sejam jugak berendam tadi. 
Before masing-masing masuk tidur, bersembang plan esok. Afiq cadang nak ke Phuket. Which means another 170km journey ke utara lagi. Tapi takpelah, dah dia kata nak drive. Aku ikut je. Huhu

Okaylah nak tidur dulu, karang lambat pulak bangun bagi. Tak memasal kena tinggal. Nak tau apa aktiviti kami kat Phuket pulak, stay tuned lah disini. In Sha Allah kalau takde aral, aku update time pagi buta camni okay. Till then, take care semua.

No comments:

Post a Comment