Sorry late update entri last ni. Balik Malaysia je tau-tau dah kena masuk ofis. Masuk office, perghh dia punya kerja tu bertingkat-tingkat. Laa ni baru lah boleh nak mengupdate last entri untuk my bachelor trip di Krabi ni. Okay, tak nak cakap banyak. Esok pulak ada ORT nak kena attend, jom kita selak sikit aktiviti hari terakhir aku dan rakan-rakan berada di Thailand ni.
Kami check out dari tempat penginapan kami sekitar jam 1 petang. Plannya nak shopping di Krabi Town dulu before pulang menuju ke Malaysia.
Panas beb cuaca hari tu. Bergambar kenangan didepan bilik hotel dulu..:-)
Kalau ikut plan Dolah katanya nak shopping di Ao Nang. Aku pulak after considering masa dan juga lokasinya yang dah jauh dari Route 4 (Lebuhraya Utama Thailand), memilih untuk shift our focus di Krabi Town yang tak jauh dari highway.
Lunch di Abdullah Halal Food. Memang orang Malaysia lepak sini je. Pagi petang siang malam ada. Huhu
Shopping bermula. Kami menyasarkan dua jam sahaja limit. Nak tak nak, pukul 3 petang kena chow jugak since esoknya aku kerja. Tak nak lah sampai lewat sangat.
Dolah mencari souvenir tekstil untuk mak katanya. Siap buat video call lagi. Haha
Bersiar-siar mencari souvenir di Uttakit Road. Sini memang banyak jual souvenir yang mur-mur. Jauh lagi murah dari Ao Nang.
Aku pun tak terlepas jugak nak menghabiskan saki baki Baht yang ada kat sini.
Si Hariz ni banyak snap gambar je hari tu. Tak taulah apa benda yang dia beli..:-)
Sekitar jam 3 petang seperti yang dirancang, kami memulakan perjalanan 5 jam menuju ke sempadan Malaysia-Thailand di Sadao. Dolah dan Hariz sebagai driver in charge untuk perjalanan kami petang tu.
Sekitar jam 8 petang, we successfully crossed the border. Tapi jangan seronok sangat, ada beratus lagi kilometer nak sampai rumah ni. Huu
Singgah makan dekat Changlun. It's good to eat Nasi Kandar again. Huhu
I took the wheel untuk perjalanan 450KM dari Changlun ke Bandar Sungai Buaya. Just like old time! Huu. Sekitar jam 1 pagi, kami berempat selamat tiba di rumah Dolah sekaligus mengakhiri trip kami. Memang pishang jugak sebab aku almost non-stop driving semalam. Berhenti pun sebab nak tuang minyak and cari stok Nescafe. HahaHaha. Berhabuk sia! Tapi serius yang "I Love Thai" tu bukan kitorang yang buat. Tah awek Siam mana yang menconteng tu..:-p
Walaupun travel bajet gila. Tapi still boleh spend some Baht beli souvenir untuk family. Bak kata Afiq, a quality of family man. Huu
So guys, that's the wrap untuk 4 entries aku di bumi Thailand ni. A very enjoyable quick retreat + bachelor trip, I would say. Hoping for more trip camni to come, tapi bila tengok calendar. Perghh, dua minggu je lagi nak kahwin beb! Haha. Memang tak mendapat lah. But aku cukup puas sebab time bujang ni banyak masa diluangkan dengan rakan-rakan baikku ni. Kira no regret lah kenal diorang since sekolah. Thanks for the memories bros, I'll always cherish the moment kita spend bersama..:-)
P/S: Pasni berdating dengan wife je lah. Huu
No comments:
Post a Comment