Amboi, letihnya hari ni. Non-stop kerja. Pagi pergi PLUS ada tender submission, petang penuh meeting. Pukul 6 baru boleh buat kerja yang tertangguh. Sudahnya, jam 10 malam baru aku balik tadi. Itupun sebab ada gangguan halus. Huu. Okaylah, nak story sikit pasal cerita malam Rabu hari tu.
Rabu lepas merupakan hari terakhir our Admin BD Assistant, Fazeera bertugas bersama Quatriz. Basically, entry malam ni kita nak story sikit aktiviti yang aku dan rakan sekerja buat to celebrate her farewell party. Petang tu ada makan-makan sikit dekat TPM office, order Domino Pizza. Kebetulan aku tak lunch hari tu, memang banyak jugak slice aku makan. Huu
Sekitar jam 6.30 petang, kami bergerak ke venue party yang terletak di Puchong. Nasib baiklah Rizal bermurah hati nak jadi driver since kereta aku penuh safety cone, kotak scanner. Dah macam patrol car pun ada. Haha
IOI Puchong merupakan lokasi kami berparti malam tu. Ni lah antara mall favourite aku, parking pun senang. Port karok ada, panggung wayang pun ada, restoran pun bersepah. Tempat dating dulu ni. Huu
Aktivit pertama - Karaoke. Since majoriti kami ni semua kaki karok. Memang cun sangatlah nak spend masa yang berkualiti kat dalam ni.
Bergambar dulu sementara nak menunggu kawan-kawan lain yang datang dari Batu Caves. Dari kiri - Rizal, Ira, Mel, Nik, Azrul.
Memang tak dinafikan, power betul tempat ni. Dengan AV yang mantap, bilik yang spacious dan comfy. Cuma lagu kurang update sikit. Still mencari One Avenue Band tak jumpa. Huu
Jus Kiwi dan Iced Lemon Tea, berserta Anggur sebagai pencuci mulut dan pelincir tekak..:-)
Kitorang karok 3 jam semalam. Bagi aku biasalah tu. Huu. Ni 9 orang 3 jam tau, yang aku ni 3 orang 3 jam pun pernah. Haa
Selfie time bersama Rizal & Syah. Jangan risau, tu Iced Lemon Tea je. Huhu
Bersama partner karok aku kat Quatriz, Syah. Arief tak dapat join sebab terkandas kat Solomon Island sekarang..:-p
Boleh tahan jugak bebudak ni. Si Ira kaki dangdut, Ima & Mel lagu jiwang karat perempuan zaman 90an. Yang paling terkejut si Nik tu. Layan lagu Linkin Park siaa. Haha
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Ports of Puchong. Thanks for you guys punya hospitality. 5 Star!
Since habis karok pun jam 10.30, most of restoran dalam IOI tu pun dah tutup. So, we headed to McDonald Bukit Jalil. Alaa, yang dekat Petronas Standard Chartered tu. Kat sini si Jaba join, sebab bro ni malu-malu kucing tak nak karok. Haha
Selfie seround untuk mengabadikan kenangan bersama bekas rakan sekerja kami ni. Setahun setengah jugak si Ira ni kerja Quatriz. Okaylah tu..:-)
Tepat jam 12 tengah malam, kami pun bersurai pulang kerumah masing-masing. Mula-mula aku ingat nak tidur office je sebab memang spare baju dengan toiletriesdalam kereta. Last-last bila fikir balik, esoknya nak hantar tender. Boleh keluar lewat sikit. Last-last balik Sungai Buaya terus, sampai rumah pukul 1 pagi then terus tidur. Apa-apapun to Ira, I wish you the best of luck di tempat baru. Kot lah company ada projek besar, kasi lah job sikit kat kitorang ni. Haha
No comments:
Post a Comment