Sunday, September 30, 2018

Kisah AKU n Khaliq's Wedding @ Bidor

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, entri kedua untuk petang ni. Okay, untuk entri ni pulak didedikasikan kepada rakan kami,Khaliq yang baru sahaja mendirikan rumahtangga minggu lepas. Semalam, aku berpeluang memenuhi undangan majlis persandingan belah lelaki di Bidor, Perak. 
Asal pergi kenduri mesti gua yang kena drive. So, kali ni aku pulak yang jadi passenger, biar Joe pulak yang bawak kereta. Dalam pukul 12.30, kami bergerak dari Plaza Tol Sungai Buaya menuju ke Bidor. Trafik lancar sepanjang perjalanan kami ke Perak, cuaca pun elok je redup..:-)
Sekitar jam 1.45, kami bertiga selamat tiba di venue majlis. Majlis yang menyatukan Khaliq dan Hatin ni berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Cegar, Bidor.
Paan Tapah pun ada semalam. Brader ni according to his aunty, memang setiap minggu balik Tapah. So, dapatlah join kitorang sekali.
Selain kami, rakan-rakan satu batch dari law fac pun ada jugak. Chey, Wan, Izzat Nazrin, Dayat, Shad, Zufar, Hassan, Clinton, Izzat Razali (just to name a few sebab memang ramai semalam) pun tak ketinggalan jugak nak meraikan hari penting si Khaliq ni..:-)
Menunggu turn nak amik gambar kenangan bersama pengantin. Panjang queue semalam. Huu
Bersama new daddy, Chey. Tak dapat nak join wedding dia tahun lepas since aku outstation time tu. Tau-tau dah ada anak sorang. Haha. Congrats bro!
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. FYI, diorang berdua ni satu fakulti law dulu. Tu yang ramai rakan-rakan satu batch aku dapat jumpa semalam. Tapi tulah muka je dapat cam, nama sumpah tak ingat..:-p
Cam bengong je kena lock dengan si Paan tu. Betul-betul freestyle ni..:-p 
Macam mana kenal si Khaliq ni? Hah, ni lah roommate aku dekat Kolej Perindu waktu kami menuntut Asasi Undang-Undang dekat UiTM. Aku rasa bersepah jugak post yang brader ni ada dalam blog aku ni. Boleh lah, cari sendiri entri zaman muda aku dulu..:-p
Sekitar jam 4 petang, kami meminta izin hos majlis untuk beransur pulang. On the way nak balik, instead of using highway kami lalu jalan dalam since Yat quite familiar dengan area sini. Singgah sekejap dekat Gerai Abang Misai, Felda Sg Behrang. Apa yang best kat sini?
Hah! Tu diaa Milo Kepal Abg Misai. Aku tengok pun scary doh. Memikiorkan kandungan gula yang tinggi dalam mangkuk ni. Silap-silap taik pun jadi berkepal pas pekena ais kepal ni. Hahaha
Tapi memang sedap sebenarnya, elok dimakan time cuaca panas. As for me, aku asingkan Milo cair yang pekat tu atas masalah kesihatan. Mau migrain kepala aku nanti. Huu
Hehe. Bukan selalu duduk back seat ni. Selalu duduk depan jadi driver je..:-p
Malam pulak boring punya pasal, sempatlah buat lawatan sosial kat KTV Rawang. Hari tu dapat voucher kot sebab tolong diorang buat free marketing. Hii. Bila lagi nak guna, nak menunggu brothers asyik busy je memanjang.
Muka puas hati tu. Haha

Itu je lah cerita majlis persandingan rakan kami yang telah selamat dijayakan semalam. Apa-apapun tahniah sekali lagi kepada Khaliq dan Hatin. Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta diberkati Allah. Amin In Sha Allah. 

P/S: Newcastle kalah lagi semalam dengan Leicester. Macam shit dod, korang ni reti main bola ke tak. Laa ni dah duduk nombor 19 dalam liga tau. Wake up lads!

No comments:

Post a Comment