Sunday, September 30, 2018

Kisah AKU n Mini Reunion @ Polperro Steakhouse Shah Alam

Assalamualaikum,

Selamat petang semua! Minggu ni relaks sikit, kerja di office memang ada tapi still manageable. Okaylah, main entry untuk hari ni ialah sebuah mini reunion yang aku join bersama-sama rakan seperjuangan di UiTM dulu.
Untuk menambahkan cerita, jom topup sikit cerita di pejabat sepanjang minggu terakhir September ni. Hari Selasa aku ke Malaysia Airport, ada tender briefing kat sana. 
Akhirnya setelah sebulan, balik jugak aku kat meja kesayangan ni. Huu
Petang Jumaat aku ada meeting di TPM, memang ngam sangatlah since venue reunion kami di Shah Alam. Dekat sikit nak ke sana. 
Probably the worst traffic jammed yang pernah aku hadap. Keluar dari office pukul 7.30, nak masuk KESAS melalui Jalil Link. Jarak 2km je, tapi jem nak dekat sejam sia. Pukul 8.15 baru aku lepas masuk highway. 
9PM - Selamat tiba di venue reunion kami di Polperro Steakhouse @ Shah Alam. Ada 7 of us yang berjaya made it to the event. Joe dan Yat balik awal sebab ada plan lain. Katanya kitorang lambat sangat. Yelah, plan kata lepas Maghrib tapi yang kitorang ni kan bertaburan sekitar Lembah Klang. So, dapat jangkalah kelewatan sikit. Huu
Abang Sab bersama Wan (kanan). Perghh, dah 4 tahun aku tak jumpa si Putih ni. Bro ni currently serving as Pegawai Tadbir di Majlis Perbandaran Kuantan. Sabry pulak masih setia bersama MAHSA College, doing Administration there.
Aku bersama Yasin. My roommate time degree dulu. Aku last jumpa fia ni time konvokesyen 4 tahun lepas. Dah kurus dia sekarang, in fact lagi kurus dari aku. Haha. Yasin sekarang bekerja di MRCB sebagai Internal Auditor.
Paan (kiri) tak payah cakaplah brader ni, selalu jumpa dekat LLM. Zhafir sekarang berkhidmat sebagai PTD di Kementerian Pendidikan. Yang ni pun sama last jumpa time konvo dulu. Ooh ada sorang lagi, si Faiz takde gambar sebab dia bawak bini. Segan pulak aku nak snap gambar. Huu
Lama jugak kitorang menyembang malam tu. Maklumlah dah lama tak jumpa, banyak benda nak berkongsi. Dari pukul 9 sampai jam 11.30 jugak. Nasib baiklah si Faiz bawak adik ipar teman bini dia tu. Kalau tak mesti pishang habis dengar kitorang mengarut. Haha. Sebelum masing-masing pulang membawa diri, adalah amik some pictures buat kenangan. Pasni belum tentu dapat gather ramai-ramai camni lagi..:-)

Orait guys, ada satu lagi entri nak update ni. Pun boleh dikatakan mini reunion jugak. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment