Tuesday, September 11, 2018

Kisah AKU n A Day @ Shah Alam

Assalamualaikum

Okay, malam ni nak story pasal aktiviti cuti Awal Muharam yang aku gunakan bersama keluarga. Since Sabtu aku dah bertugas monitor operation Fitment Center di KESAS, finally dapat jugak my well deserved 3 days off. Cukuplah tu. Huu. Ni pun still nak kena fikir pasal response untuk tender clarification last week yang nak kena submit by Friday.
Petang Ahad, aku dan Syazwan membuat lawatan sosial ke pusat Karaoke berdekatan. Haha. Dari minggu lepas dia dah mengajak, aku pun on je lah. Plus, dah lama jugak tak melampiaskan nafsu karok ni. Plan dengan bros baik yang kat Shah Alam, Rawang semua asyik postponed je. 
Port biasa kat Rawang. Dah tukar sistem kat sini pakai touch screen beb! Audio masih mantap, cuma lagu tak berapa nak update. Baru ingat nak melenjan One Avenue Band sikit. Hee
Bro Syazwan ni memang kaki karok jugak time bujang dulu. Cuma katanya bila dah ada family ni jarang sikit. Aku nanti camna lah eh? Kena pergi senyap-senyaplah gamaknya..:-P
Last karok 11 Jun yang lepas with Afiq dan Dolah. 3 bulan dah der! Patut lah lain macam aura malam tu. Haha
Selfie seround. Haha
 
Pagi semalam pulak seawal jam 11 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Shah Alam. Ada misi nak disettlekan kat bandar tempat aku menuntut ilmu dulu ni. Huu. Dah lama tak merasa jadi penumpang kat back seat ni, asyik jadi driver je..:-)
Destinasi pertama kami ialah Plaza Alam Sentral. Ni port release tension lepas exam dulu. Apa benda je tak buat kat sini - karok, bowling, main PS, mengopi, banyak lagi lah. A very good old time.
Misi diorang ialah mencari baju sedondon untuk dipakai time majlis aku di Rawang nanti. 
Kat sini cari baju mak dengan Along je. Yang lelaki kat JAKEL katanya. So, kami berempat (plus Mikail) singgah minum dulu kat Station Kopitiam. Biasalah perempuan bila shopping mestilah amik masa sikit. 
Haa, bangun pun si Debot ni. Asal berjalan je mesti tidur. Muka baru bangun tido tu. Hii
Pishang menunggu deme ni. Tapi takpelah kan, untuk majlis aku jugak.
Next destination is JAKEL Shah Alam. Kat sini pulak cari baju ayah, adik dan Syazwan. Sejam jugak menunggu kat sini.
Lepas settle kat JAKEL, we made our way to Setia City Mall. Nak bawak si Mikail ni berjalan katanya. Maklumlah, budak ni mana layan TESCO, dia seronok kat mall-mall besar camni je. Haha
Elok sampai je tidur. Dalam kereta bukan main ligat. Haha. Tapi elok pun, hujan lebat tadi. Tak boleh nak keluar kat the famous Setia City Mall greenfield tu.
Berjalan sambil cuci mata dalam mall je tadi. Punya lah ramai manusia, mentang-mentanglah awal bulan. Wallet penuh lagi. Huu
Since kat Setia City Mall tu banyak restoran hipsturr yang tak kena dengan tekak kitorang ni, sekitar jam 5 petang kami bergerak pulang ke Rawang. On the way tu kami singgah Bukit Jelutong, had our early dinner at Restoran Arabic Food d'Arab. Dah lama teringin nak makan Nasi Arab ni..:-)
Untuk hidangan petang semalam, kami sekeluarga memilih Kabsah Lamb + Roasted Chicken. Memang terbaik! 
Macam iklan Hari Raya Sunquick pulak. Serius fake gila gambar ni. Haha.
Bila makan kat d'Arab ni teringat aku kat si Mujahid. Apa khabar lah dia dekat Johannesburg tu? Kalau ikutkan, tahun 2023 baru habis belajar katanya. Aku pun tak ingat bila last contact dia, memang terputus macam tu je..:-(
Around 6.30pm, kami sekeluarga bergerak menuju ke Rawang dan sampai sekitar jam 7 petang. Memang enjoy keluar dengan family hari ni. Buat pulak memang mute WhatsApp, kira takde gangguan anasir luar lah sepanjang berjalan tadi. Yelah dah nama pun day-off, takkan lah nak fikir pasal kerja kot. Tapi bila un-mute je WhatsApp berjela message masuk. Nasib baik takde yang petik nama aku pun. Huu

P/S: Viral Fitment Center hari ni pasal additional charge untuk photocopy service. Yang regulated RM1 per copy, tadi kecoh dalam group ada unauthorized RM2 charge per copy. Haish, siapa je lah yang memandai naikkan caj tu. 

No comments:

Post a Comment