Sunday, September 23, 2018

Kisah AKU n Hot Pot King Steamboat & Grill @ Padang Jawa

Assalamualaikum,

Okay, petang ni aku nak cerita sikit aktiviti semalam yang aku spend dengan Bros Shah Alam. Lama beb tak jumpa diorang ni, kalau tengok album - last kitorang gather April lepas dekat Port Dickson. Nak dekat 5 bulan jugak tu.
Aku gerak dari rumah ke Shah Alam sekitar jam 6 petang. Sampai sini around 7pm. Singgah rest sekejap dekat rumah sewa diorang ni before planning aktiviti malam tu.
Keluar lepas Maghrib, kalau ikut plan asal nak berstimboat, tengok wayang dan karaoke dekat area Shah Alam ni..:-)
Destinasi pertama kami ialah Hot Pot King Steamboat & Grill @ Padang Jawa. Joe yang recommend makan sini, katanya dah tengok review kat FB. Huu
Since aku pun makan breakfast je semalam, memang perut ni mengalu-alukan lah kedatangan sejumlah besar grilled meat, chicken etc semalam..:-p
Menunjukkan skill memanggang dan merebus. Huu. Apa susah, masuk je lah dalam tu. Pastu agak-agaklah dah boleh makan ke tak. Haha
Wow! Dengan harga serendah RM28 per pax. Kita boleh makan sampai kenyang. Korang duduklah kat situ berjam-jam pun. Takde sapa nak halang. Tapi tu lah tangki aku ni kecik, amik dua pinggan pun dah kenyang. Sebab tu kalau bawak aku makan tempat camni buat rugi je. Huu
Joe tengah recreate ekspresi Pian VitDaily. Haha. Bengong.
Around jam 10, kami bergerak kedestinasi seterusnya di IRDKL Mall. Sebuah mall baru yang terletak di Padang Jawa. Just a walking distance from restoran steamboat tu. Oleh sebab takde cerita yang best, dan cerita best pun start agak lewat. Kami decided untuk have fun with a karaoke session saja semalam. 
Biasalah kawasan banyak student. Kenalah menunggu dalam 10 minit untuk dapat bilik kosong..:-)
Yat buat opening show malam semalam. Serious best port karok ni. Lagu update, easy interface, AV yang mantap dengan wireless mic. Kira macam buat konsert lah aku nyanyi semalam..:-p
Tapi still senak lagi kekenyangan. Start lagu slow dulu.
Puas hati beb semalam! Tak pernah aku enjoy karok camtu. Huu
Selfie time with bros before leaving the room. Macam biasa lenjan Isabella dulu untuk menutup show kami semalam.
Around jam 12.30 kami singgah supper dekat Khalifah. Bersembang pasal kerja, relationship dan banyak lagi lah. Joe juga akan melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ni, just a month after aku. Congrats bro! Semalam jugak sebulat suara appoint Yat untuk jadi pengapit aku nanti. Dah nak kena start booking bilik untuk budak-budak ni, memang nak diorang datang sehari awal kat majlis di Rawang tu.

Ngeteh sampai jam 4 pagi, then terus shoot balik ke Rawang. A very good time spent with friends semalam. Maklumlah dah lama tak jumpa, mesti banyak benda nak menyembang kan. Okay lah, ingat nak power nap sekejap. Tak cukup tidur sebenarnya ni.

P\S: Newcastle draw dengan Crystal Palace semalam. Okaylah kutip satu mata main away..:-)

No comments:

Post a Comment