Okay, hari kedua aku dan rakan-rakan kat Melaka banyak dihabiskan di area Klebang. Yelah, dah nak balik Shah Alam pun semalam. Eh, sekejap je trip? Nak buat apa lama-lama kat sini, nanti kahwin dengan orang Melaka jugak. Huu
Selfie time didalam escape pod before check-out. Memang best rupanya tidur dalam ni. Ada fefeeling jadi Clone Troopers pulak..:-p
Check-out sekitar jam 10 pagi. Thanks for SWM Capsule Hotel for a memorable one-night stay kami disini. Good customer and room service. I bagi 5 gold-star!
Ingat bila bachelor trip aku takdelah kena drive pergi-balik, rupa-rupanya sama je. Takde special treatment pun. Huhu
Kami breakfast di Mee Goreng Pak Hassan @ Tengkera, or famously known as Mee Bodoh! Haha, apasal pulak nama kau sebegitu rupa? Huu
Mengikut cerita kenapa Mee ni dapat nama camtu simply sebab rupa dia kot. It's just a plain Mee Goreng, dimakan bersama Telur Sambal Timun. Rasanya memang okay dan boleh dimakan, cuma agak berminyak sikit. Harga pun murah, sepinggan RM 2.80 sahaja.
Destinasi seterusnya ialah Pantai Klebang. Datang sini sebenarnya nak rehatkan perut masing-masing yang dah bergelora after pekena Mee Bodoh tu. Huu. Plus, nak membuang masa sikit sementara tunggu lapar untuk next list of food hunting.
Selfie time! Bapak flawless gambar henset Yat ni. Hahaha
Menghayati bayu laut Selat Melaka. Buat pulak cuaca memang redup semalam. Quite relaxing, rugi tak bawak tikar. Kalau tak boleh berpiknik bawah pokok..:-)
Orang kata tak sah datang Klebang kalau tak try The Original Klebang Coconut Shake. Sedap diminum sambil melepak tepi pantai.
Dok lepak atas batu sambil menyembang plan after kahwin..:-)
Our next destination is Muzium Kapal Selam, yang juga terletak di area Klebang. To be specific di Pantai Berlian
Disini menempatkan sebuah Kapal Selam model FS Ouessant Augusta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah diubahsuai menjadi Muzium untuk tatapan umum. Bukan setakat tatap je, nak masuk dalam tengok pun boleh. Tapi bayar RM5 tau.
Berangin kuat area sini. Sampai nak terbang topi aku tu. Untuk pengetahuan, ni betul-betul kapal selam tau, bukan replika..:-)
Dalam ruang Torpedo. Dah masuk baru lah boleh bayangkan time World War dulu, macam mana submarine crew bertungkus lumus reload torpedo.
Bilik enjin. This is the heart of submarine. Enjin takde, maka tak bergerak lah diorang. Bila tak gerak, macam mana nak timbul.
Sedikit interior dalam kapal. Tak silap aku pihak Muzium ada provide package bermalam dalam submarine ni. Hat sapa yang nak merasa jadi submarine crew boleh lah try. Cuma aku tak berapa ingat detail. Maybe boleh pergi laman web PERZIM, kot lah ada info.
"Ye Cif, mana aircond yang rosak tadi" Huu
Komander Yat didalam ruang Komunikasi dan Sonar..:-p
Kat sini bukan setakat ada kapal selam je, sebanyak dua buah jet pejuang (McConnell Douglas A-4 Skyhawk dan juga Northrop Grumman F-SE) pun dipamerkan jugak untuk tatapan orang awam. Untuk orang yang berjiwa sejarah macam aku ni, memang seronok sangat dapat melawat muzium camni. Huhu
Bersantai sementara menunggu masuk waktu Zuhur. Memang klasik betul, lepak dekat pondok ni sambil dengar keroncong live dari pihak PERZIM. Buat pulak bayu laut memang kuat kat sini. Sampai aku pun terlelap semalam..:-)
Since ni merupakan destinasi terakhir kami di Melaka, sempatlah menyinggah beli souvenir buat kenang-kenangan dari negeri bersejarah ni. Start tahun depan, memang balik Melaka je lah aku. Huu
Sebelum pulang ke Shah Alam, we had our late lunch di Utas Briyani Muar dekat Melaka Permai. Budak-budak ni asal amik gambar semua buat thumbs down. Haha. Melaka ni overrated katanya. Konon banyak port makan sedap, tapi biasa je sebenarnya. Pastu kat Klebang, bersepah kedai claim diorang Original Coconut Shake. Tang mana satu yang original pun kami tak tau. Tapi bagi aku okay je. Huu, mentang-mentanglah nak kahwin dengan orang Melaka. Kena jaga hati sikit..:-p
Briyani Kambing Muar. Memang sedap! Portion kambing dia tu macam untuk makan dua orang..:-)
Bertolak dari Melaka sekitar jam 4 petang, sampai Shah Alam around 6.15pm. Hujan lebat all the way from Simpang Ampat ke Putra Height. Nak menghilang ngantuk punya pasal, tah lagu-lagu apa Yat bukak kat Youtube semalam. Huu
Sampai je aku drop diorang then terus made my way back to Rawang. Malas nak menghadap jem, aku lalu Guthrie je. Pukul 7 sampai rumah, kalau lalu NKVE tu tak tau pukul berapa sampai. Diorang kata ada accident semalam. Ingat malam nak lepak dengan Afiq, bangun-bangun dah pukul 12.30. Pastu 6 missed call. Haha, sorry bro - lemau gila. That's the wrap untuk entry my bachelor trip dan rakan-rakan UiTM. Thanks for the memories guys, I'll miss you all. Sobs
P/S: Next week turn Brotherhood Sungai Buaya pulak. Ready or not? Jauh nak berjalan ni.
No comments:
Post a Comment