Saturday, June 30, 2018

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri MTD Group

Assalamualaikum,

Malam ni nak bercerita sikit tentang aktiviti hujung minggu aku bersama rakan-rakan sepejabat. Kami berpeluang untuk menghadiri sebuah Rumah Terbuka Syawal anjuran MTD Group, iaitu parent company untuk Quatriz System.
Let's start with cerita minggu ni dulu. Quite busy, ada satu tender submission and a lot of meeting untuk prepare for clarification with EKVE and what not. Khamis lepas berjaya jugak aku melengkapkan Puasa Enam aku tahun ni. Ni gambar time sahur hari last tu. Huu
As planned, kami semua agreed untuk berkumpul sekitar jam 11.30 pagi. Since aku antara yang paling jauh, memang gerak awal sikit untuk mengelak jem. 
Aku sampai perkarangan office dalam pukul 11.20 pagi. Dulu namanya AlloyMtd, after melalui proses restructuring and rebranding, our beloved AlloyMtd dah ditukarkan ke nama asal iaitu MTD Group. So sekarang ni, Quatriz is a subsidiary of MTD Group of Companies.
Tapi macam biasalah dihampakan lagi dengan unpunctuality budak-budak ni. Yang betul ngam-ngam sampai Nik sorang je. Yang lain semua kata baru bangun tidur lah, baru nak mandi, baru nak gerak. Cucake betul, tahun lepas pun sama jugak. Haha
Since perut pun dikosongkan untuk tujuan open house ni. Memang tak lah aku nak menunggu diorang. Amik first round dulu..:-)
Pukul 12.15 baru lah geng-geng lain sampai. Okay lah, ada improvement. Kalau tahun lepas nak dekat pukul 1 baru nampak batang hidung. Haha. Aku bersama Syah, dan juga new recruit, Rizal.
Rumah Terbuka MTD Group ni bermula sekitar jam 11 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang. Dianjurkan dengan meriah untuk meraikan Syawal yang on-going ni bersama tenaga-tenaga kerja berserta keluarga. Memang happening, sebab dapat beraya bersama dengan rakan-rakan lain dari anak syarikat yang pelbagai dan sudah tentunya with our clientele, partners, stakeholders etc.
Menyambut kedatangan hot stuff Quatriz, Jaba dan partner dia (tiada dalam gambar). Semua dok tanya apasal aku tak bawak tunang. Tak dapat nak menjawab aku tanya Azie pulak, apasal tak bawak laki dia. Haha
Tengah tunggu queue nak amik gambar kat prop yang disediakan..:-)
Ni je lah member of Group Bujang Quatriz yang datang meraikan Syawal bersama-sama tadi. Dari kiri: Rizal, Syah, Farid, Jaba, Nik, Ira dan Azie. MIA: Ima, Kerol, Arep.Picture kredit to Ira.
Kacau daun betul budak ni. Aku baru nak bergambar dengan logo baru MTD Group ni. Err, sebenarnya logo lama..:-p
Sekitar jam 2.30 petang, diorang ni balik dulu sebab ada program lain. Followed by Jaba. Aku pulak menunggu lagi, nak jumpa Mem jap untuk confirmkan cancellation visit Penang tu. 
Pukul 3 petang barulah sempat meluangkan masa berjumpa bos. Yeay! Program cancelled. Bukan apa, sekarang ni memang busy. Kalau tak busy takpelah. Dapatlah jugak bergambar dengan Pn Zihan tahun ni. Picture kredit to Ira.
3.30 PM - Snap satu lagi gambar solo sebelum berangkat meninggalkan majlis. Main sarung je Baju Melayu yang ada. FYI, ni baju raya tahun 2011 tau. Muat lagi beb! Tapi yang peliknya kenapa aku berposing macam nak menyanyi lagu Negaraku tu. Hee
Bye, jumpa next Monday..:-)
Jem gila. Masuk je DUKE, sampai ke Tol Duta perginya. Haha. Buat pulak pekena kambing tadi, memang lemau gua driving. Nasib baiklah ada Nescafe buat hilang mengantuk.

Itu lah cerita open house pertama yang aku visit tahun ni. Unlike tahun lepas, tahun ni kurang sikit berjalan sebab limited by workload dipejabat. MDV missed! Touch n' Go missed! SIRIM pun missed! Next, the only open house yang ada is Quatriz which is on the upcoming Friday. Hopefully takdelah benda mengarut time tu. 

P\S: Banyak pulak game dalam laptop ni, nak main yang mana satu eh?

No comments:

Post a Comment