Monday, June 11, 2018

Kisah AKU n Iftar @ Sunway Pyramid

Assalamualaikum,

Hari Jumaat tu aku review some document before melelapkan mata sekitar jam 11 malam. Penat dan mengantuk masih lagi terasa. Cuma bila berbuka tu ada segar sikit. Kunci jam pukul 3 pagi dengan harapan nak buat second review bagi dokumen yang dah siap. Buka je mata tau-tau dah pukul 6.30 pagi! Haha. Burned Maggi Cup aku nak buat sahur. Hii
Team teknikal sampai sekitar jam 9.30 pagi. Pfft, 8 konon. Haha. But still, selagi decision maker tak sampai. Selagi tu aku tak boleh finalize. Well, he eventually came. But pukul 1. Time ni aku sedar dah, memang tak dapat lah nak balik pukul 2 petang as planned sebab ada plan petang tu dengan Bro Sg Buaya. Discuss punya discuss, akhirnya dapatlah agreed price (for one plaza) sekitar jam 2 petang. Tapi cerita tak habis situ. Tender ni ada lagi empat plaza yang aku kena key in untuk dapat grand total. With hundred of items in each section, aku perlukan at least setengah jam each. Kat sinilah kesabaran teruji lagi. Kena kecam lagi buat kerja slow sedangkan I need to be careful bila key in price takut tersilap. Sedih beb, sedangkan kalau dia datang awal. Benda takkan jadi camni. Aku pulak yang rushing mengira since katanya dia ada event malam tu. Haha. Time ni aku dah inform bros kata maybe plan Iftar called off. Tapi diorang cakap boleh tunggu. Terharu beb dapat kawan-kawan yang memahami ni.
Akhirnya jam 5 petang, aku berjaya completekan semua BQ. Another 1 hour+ discussion untuk revisit the price dan finally, jam 6.30 petang aku meninggalkan office. Jalan jem dari Sg. Besi sampailah ke Jalan Duta. Lepas je Tol, memang aku speeding 160km/h. Sampai rumah pukul 7.30, mandi dan terus bersiap untuk aktiviti seterusnya.
Kami bertiga gerak dari Sungai Buaya around 8 malam. Kami planned untuk beriftar kat Sunway Pyramid tahun ni. Afiq yang drive malam tu sebab dia cuti satu hari. Dolah pulak baru habis final exam petang tu. Aku pulak macam yang dah cerita kat atas lah. Huu
Sampai jam 9 malam. Aktiviti pertama kami confirmed lah cari port buka puasa. Lapar beb! Dah la dengan tak sahurnya hari tu. Pastu kerja macam orang gila. Haha
Kami decided to makan dekat Carl's Junior. Ni je yang tak ramai orang. Huu. 
Nyum-nyum, sedap burger ni. Tak tahulah memang sedap atau aku memang lapar..:-p
Sebak tengok gambar ni, tak sangka persahabatan yang terjalin semula tahun 2014 berkekalan hingga kini. To date, we all memang tak pernah missed berbuka puasa bersama setiap tahun since Ramadhan 2015. It's have been 4 years dan tahun ni mungkin yang terakhir bertiga lah. With exception kalau bini kitorang bagi greenlight tahun depan or tak mengacau. Haha
Lepas makan kami terus bergerak ke Seri Rampai. Bukan apa, kat Sunway ni nak tengok wayang takde cerita best. Nak main boling, sengal tangan aku buat tender pagi tu tak hilang lagi. Nak karaoke kat sini 2 jam je dah RM98. Haha, baik pergi sini. 2 jam RM25 beb! Value for money..:-)
Nak tau bila kitorang last karok? Disember tahun lepas. Haha. Nak dekat 6 bulan tu. Apasal rasa cepat pulak masa sekarang ni. 
Gua karok lagu raya je semalam. Tengok muka memang nampak benar lemaunya, tapi bila pegang mic. Sesegar susu lembu. Haha
Habis karok jam 2.30 pagi. Our next destination is the famous Jalan Tunku Abdul Rahman or Jalan TAR. Kalau tahun lepas pergi dengan Afiq je, this time kami bertiga..:-)
Nak tengok-tengok kasut je katanya. Sambil mencuci mata. Hee
Takde beli apa pun tahun ni. Memang datang sebab nak join kemeriahan menyambut Aidilfitri. Seronok tengok fellow Malaysian yang berbelanja kat sini. Memang ramai. Bayangkanlah pukul 3 pagi, masih sesak lagi. Buat pulak sekarang 0% GST, memang bertambah kencanglah orang berbelanja. 
As for me, tahun ni memang takde beli apa-apa. Baju raya recycle tahun 2014 punya. Cuma prepare nak bagi duit raya je. Itupun tak sebanyak tahun lepas lah. Cost cutting measure beb! Maklumlah nak kahwin dah. Hii
Bersahur di Gombak sekitar jam 5 pagi before pulang ke rumah masing-masing. Lepas Subuh aku ketiduran sampailah jam 10 pagi. Since kerja pun dah siap, memang layan Star Wars - The Clone Wars je satu hari ni. Huu

It's a wrap lagi untuk Brotherhood Sungai Buaya. Yang paling konsisten every Ramadhan. Cuma tinggal family je untuk melengkapkan buku program Ramadhan 2018 aku ni. In Sha Allah, it will be held esok. Yang eloknya semua ada termasuk family Along. Okaylah, nak tidur ni. Karang takut terlajak lagi sahur aku. Rugi je KFC aku tadi. Hii

P\S: Esok ada tender briefing lagi.

No comments:

Post a Comment