Cuti dah start bro. Hopefully takde orang call untuk urusan kerja seminggu ni. Kalau boleh aku nak lupakan sekejap benda-benda ni dan fokus beraya. Huu. Okaylah, pagi ni nak cerita pasal sesi iftar penutup Ramadhan 2018 aku. This time with family yang tercinta.
Kat office dah tak busy sangat. Boleh lah rileks sambil layan Star Wars. Sambil tu mengira duit raya yang telah ditukar minggu lepas..:-)
Pukul 5 petang aku bergerak pulang dari TPM ke venue berbuka puasa kami di Bukit Sentosa. Ayah dah warned jalan jem seawal jam 4 petang lagi. Tapi nak buat camna, redah je lah.
Sampai Udaimatunnur jam 7.15 petang. Haha. 2 jam 15 minit menghadap jem. Takpe, aku expect esok nak balik raya lagi dasyhat.
Untuk sesiapa yang nak tahu, Udai ni bakal jadi venue persandingan aku nanti. Bangunannya terbahagi kepada dua - dewan banquet dan juga restoran. Untuk bulan puasa ni, diorang ada menawarkan buffet Ramadhan dengan harga serendah RM15 per head.
Semua ada semalam. Adik baru balik dari Nilai. Family Along pun dapat join since diorang pun akan pulang beraya di Perak jugak tahun ni.
Haha. Si kenit ni terliur tengok kami makan.
Muka tak puas hati. Huu
Cantik dekorasi kat sini. Sesuai dengan nama Santai Klasik yang diberikan..:-)
Around 8.30, kami bersurai. Thanks untuk En. Zarul (owner) untuk special arrangement. Kitorang je yang dapat duduk atas teratak tu semalam. Yang lain semua makan atas meja. Huu
Kekenyangan. Memang sedap masakan kat sini. Lauk-pauk yang ada pun mostly yang akan dihidangkan time majlis nanti. Kalau camni rasanya, bertambah konfiden lah aku tentang kualiti servis Udai ni..:-)
Balik rumah ada sesi memasukkan duit raya dalam sampul. Tahun ni takdelah banyak sangat. Kena pandai bajet, banyak lagi duit nak guna.
Nampaknya Ramadhan tahun ni complete buku program aku. First time semua list yang aku planned menjadi. Okaylah, nak sambung melayan Star Wars jap. Ada tunang pun nak tak nak je layan. Tahu lah aku busy hari tu, tak message 3-4 hari. Takkan time dah free pun merajuk lagi kot. Haha
P/S: Baru beli game baru. Harap-harap boleh main..:-)
No comments:
Post a Comment